"Adam Amiruddin. Insan yang paling kuat ketawa di LCP. Dari pandangan luaran, seorang yang suka bermain dan kebudak-budakkan. Berjiwa muda. Oleh itu, idea yang dikeluarkan ‘fresh’, menarik dan hebat-hebat belaka, sesuai untuk menghasilkan karya kanak-kanak seperti Upin dan Ipin. Adam pandai membahagikan kerja dalam Design Team. Sangat suka bermain nintendo DS, mungkin kerana inilah dia bergeliga dan sentiasa mencetuskan idea baru." |
Adam bin Amiruddin merupakan seorang pengarah kreatif yang bekerja di Les' Copaque Production. Beliau juga merupakan pengarah siri Upin & Ipin selama empat musim selain menjadi pengarah bersama untuk filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal selain menjadi ketua artis papan cerita.
Beliau memulakan tugas di Les' Copaque artis papan cerita pada musim keempat dan kelima sebelum dilantik menjadi pengarah siri selama empat musim (musim ke-6 hingga musim ke-9). Beliau kemudiannya menjadi penyelia papan cerita sehingga kini selain turut memegang pengarah kreatif bermula musim ke-13.
Untuk filem, beliau dilantik sebagai pengarah bersama Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bagi bahagian kesinambungan cerita. Beliau juga turut menjadi artis papan cerita utama bagi filem itu. Selain itu, beliau turut memegang watak pengawal Ri.
Trivia[]
- Beliau merupakan suami kepada Aliya Nazlan, penulis skrip bagi siri dan filem Upin & Ipin.
- Beliau juga merupakan seorang peminat Pokemon dan menjadi salah seorang pelatih Pokemon di Malaysia.