Ahmad Mawardi bin Abdul Rahman merupakan seorang kru produksi yang bekerja di Les' Copaque Production Sdn. Bhd. sebagai artis papan cerita, selain daripada memegang watak Raja Bersiong dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
Beliau tidak memegang sebarang peranan dalam kru produksi siri sebaik sahaja menyertai Les' Copaque. Sebaliknya, beliau diberikan tugas sebagai ketua artis papan cerita. Dalam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal pula, beliau merupakan artis papan cerita utama bersama dengan enam yang lain. Beliau akhirnya terlibat dalam penghasilan siri untuk dua musim sebagai artis papan cerita.
Trivia[]
- Beliau berasal dari Kedah. Watak beliau dipilih memandangkan Raja Bersiong juga berasal dari Kedah menurut sejarah dongeng Raja Bersiong.