"Seorang yang mudah tersenyum dan manis orangnya. Dia nampak ganas di luaran tetapi sebenarnya agak pemalu dan sentimental. Tetapi, ketika waktu bekerja, dialah antara orang yang paling serious dalam menjalankan tugasnya. Kualiti kerjanya sentiasa dititikberatkan dan kebanyakan hasil kerjanya dijadikan rujukan oleh orang lain." |
Ahmad Razuri bin Roseli, juga dikenali dengan Razuri Ajmain atau Ee, merupakan pengarah kreatif di Les' Copaque Production Sdn. Bhd.. Beliau juga merupakan pengarah bersama dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bersama dengan Adam Amiruddin dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, selain daripada melakonkan watak Pak Belalang dalam filem itu.
Berasal dari Terengganu, Ahmad Razuri memulakan pendidikan awalnya di Terengganu sehinggalah ke pendidikan menengah. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang animasi.
Kerjaya beliau di Les' Copaque bermula sebagai petugas di bahagian rendering artis untuk musim kedua dan ketiga. Beliau kemudian dinaikkan kepada ketua di bahagian yang sama setahun kemudian. Pada musim ketujuh, beliau dinaikkan lagi kepada pengarah seni selain memegang peranan sebagai koordinator produksi untuk siri. Kemudian, beliau digugurkan daripada senarai kru produksi siri dan dilantik sebagai pengarah bagi satu lagi siri animasi terbitan Les' Copaque iaitu Pada Zaman Dahulu. Akhirnya, setelah lima musim tidak dipilih, beliau bersama dengan dua orang lagi kru produksi dilantik sebagai pengarah kreatif siri sehinggalah ke hari ini.
Untuk filem, beliau merupakan artis konsep dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula di bawah arahan Nizam Razak. Kemudian, beliau sekali lagi dipilih untuk menjadi artis simulasi untuk filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! di bawah arahan Hjh. Ainon Ariff dan Erma Fatima. Kemuncak kariernya dalam Les' Copaque ialah apabila dilantik sebagai pengarah filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bersama dua orang pengarah yang lain iaitu Adam Amiruddin dan Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim. Beliau menjadi pengarah untuk bahagian emosi di bawah bimbingan Hjh. Ainon.
Trivia[]
- Beliau merupakan orang kedua yang melakonkan watak Pak Belalang dalam mana-mana filem Malaysia selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
- Beliau juga merupakan salah seorang daripada 17 orang kru produksi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang masih bekerja di Les' Copaque sehingga sekarang.