Upin & Ipin Wiki
Advertisement


Aiya Cik Siti merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan semula oleh Tang Ying Sowk dan Siti Nadhirah Azman selaku pelakon suara watak Mei Mei dan Susanti dalam episod Kenangan Mengusik Jiwa, musim keenam. Sebenarnya lagu ini pernah ditampilkan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dinyanyikan oleh Seniwati Sarimah dan Leng Hussain.

Lirik[]

Aiya Susanti, perempuan banyak muda
Ana banyak susah, jalan tutup mata
Wang dan ringgit, ana takda hairan
Ente tutup mata, ana tentu jalan

Marilah Mei Mei, oi mari sayang
Ikutlah ana, Mei Mei jangan bimbang
Marilah jalan, ente cepatlah cepat
Awas hei longkang, oi kaki melompat

Mei Mei, jaga depan ada longkang (Mana?)
Lompat (Aiya!) (x2)
Lompat! Mei Mei, lompat! (Haiya!)

Trivia[]

  • Menurut Mei Mei, lagu ini juga dikenali dengan nama 'Perempuan Gila, Ana Saudagar Penipu'.
    • Tajuk lagu yang diberikan Mei Mei merupakan baris kata yang diungkapkan oleh P. Ramlee dalam filem Tiga Abdul, salah satu filem yang menjadi rujukan Les' Copaque.
  • Lagu ini telah dipendekkan daripada versi yang asal.
  • Hanya nama Cik Siti dan Apek yang ditukar kepada Mei Mei dan Susanti.
  • Babak yang dilakonkan oleh Mei Mei dan Susanti serupa dengan babak yang sama ketika lagu ini dimainkan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Video[]

Advertisement