"Aku Sebatang Pensel" (tiga bahagian) merupakan episod ke-34, ke-35 dan ke-36 (episod ke-12 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Dalam episod ini, Upin dan Ipin menceritakan sebuah kisah imaginasi di mana diri mereka dan kawan-kawan menjadi pensel yang tinggal di bilik Aris dan Ara (watak Pada Zaman Dahulu).
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin, Ipin, Fizi dan Mail merupakan empat batang pensel kayu yang hidup di atas meja Aris. Mereka menyambut kedatangan tiga batang pensel jentik iaitu Mei Mei, Susanti dan Jarjit, dan juga sebatang pensel Jumbo iaitu Ehsan.
Bahagian 2[]
Keseronokan pensel-pensel berkawan baru diganggu apabila geng pensel warna datang untuk berlagak dan beradu dengan mereka, yang mana lebih berguna antara pensel tulis dan pensel warna - peraduan yang sampai di kemuncak apabila Aris melukis sebuah gambar.
Bahagian 3[]
Ehsan si pensel Jumbo sedih dan marah kerana tidak digunakan oleh Aris untuk melukis tadi. Maka kawan-kawan yang lain menolong dengan menyorok supaya Aris melukis satu lagi gambar hanya dengan Ehsan.
Trivia[]
- Ini merupakan episod ke-12 dalam turutan MNCTV dan episod ke-10 (28, 29, 30) dalam turutan Astro Prima.
Galeri[]
Video[]