"Aku Sebuah Buku" (tiga bahagian) merupakan episod ke-34, ke-35 dan ke-36 (episod ke-12 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Upin, Ipin & kawan-kawan berimaginasi berubah menjadi buku di perpustakaan.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin, Ipin dan kawan-kawan pergi ke perpustakaan bergerak. Ipin terjumpa buku bertajuk Aku Sebuah Buku. Upin, Ipin dan kawan-kawan pun berubah menjadi buku.
Upin, Ipin dan kawan-kawan disimpan di dalam kotak. Mereka berjaya keluar dari kotak. Mereka kini berada di perpustakaan ilmu, yang berada di sebuah banggunan dua tingkat. Apabila terdengar suara, mereka pun kembali menjadi buku yang diam, tetapi berselerak. Pustakawan itu menyerupai Abang Salleh. Pustakawan itu pun menyusun buku-buku yang berselerak tadi.
Tepat jam sembilan, perpustakaan pun dibuka kepada orang ramai.
Selepas beberapa jam, tibanya masa untuk perpustakaan ditutup untuk hari itu. Maka pustakawan itu pun membuat pengumuman tentang waktu tutup perpustakaan itu. Setelah waktu bekerja pustakawan itu tamat, maka buku-buku Upin, Ipin dan kawan-kawan pun kembali bernyawa.
Upin & Ipin menceritakan kisah yang terjadi kepada mereka hari ini. Mail sedih kerana tiada orang pun yang membacanya. Tiba-tiba, terdengar bunyi Mei Mei menangis.
Bahagian 2[]
Mei Mei menangis kerana dia telah diconteng. Jarjit pula telah dikoyak. Fizi pula terkena air liur kerana dijadikan bantal tidur. Ehsan pula terkena coklat sebab ada orang yang makan dalam perpustakaan.
Mail kemudianya terjumpa sebuah kotak yang dilabel buku-buku yang bakal dibuang. Mail terjumpa Uncle Ah Tong di dalam kotak itu. Pustakawan itu pun marah kerana terjumpa buku-buku yang sudah koyak, sudah kena conteng, buruk dan kotor. Semuanya bakal dibuang oleh pustakawan. Maka kawan-kawan pun takut bahawa mereka bakal dibuang oleh pustakawan. Lalu meminta bantuan Atok. Atok banyak habuk kerana orang dah jarang baca buku. Atok kata orang zaman sekarang dah canggih, tidak memerlukan ensiklopeida lagi, boleh baca terus dari internet pada zaman ini.
Bahagian 3[]
Upin, Ipin dan kawan-kawan pun bertanya kepada Atok cara-cara untuk membantu kawan-kawan yang telah mempunyai cacat cela. Atok memberitahu caranya untuk memulihkan cacat cela. Maka Upin, Ipin dan kawan-kawan pun memulakan misi untuk memperbetulkan cacat cela kawan-kawan.
Setelah selesai, Upin, Ipin dan kawan-kawan terdengar sasterawan negara, Zurinah Hassan bersyair. Upin, Ipin dan kawan-kawan sangat kagum dengan syair yang mereka dengar tadi. Seterusnya, Zurinah Hassan pun berpantun. Jarjit pula gembira dengan pantun tersebut lalu terlompat dari rak buku. Bunyi Jarjit terjatuh mengejutkan Zurinah Hassan. Maka Zurinah Hassan pun pergi mencari bunyi tersebut. Zurinah Hassan melahirkan rasa sayang kerana Jarjit telah koyak-koyak dan hilang beberapa mukasurat. Pada masa yang sama, pustakawan pun ternampak Jarjit yang dah rosak, maka dibuangkan ke kotak bersama buku-buka yang bakal dibuang.
Upin & Ipin pun menjerit ketakutan. Upin & Ipin jerit didalam perpustakaan bergerak. Cikgu Melati pun terkejut. Upin & Ipin rasa sedih kerana buku yang mereka sedang baca sudah hilang beberapa mukasurat. Upin & Ipin tidak akan dapat tahu cerita itu tamat macam mana sebenarnya. Cikgu Melati menyuruh Upin & Ipin meletakkan buku itu ke dalam tong kitar semula.
Trivia[]
- Episod ini menampilkan Datuk Dr. Zurinah Hassan, Sasterawan Negara ke-13. Beliau tampil ketika Upin, Ipin, dan kawan-kawan sedang memerhatikan beliau melafazkan pantun.
- Episod ini dihasilkan khas sempena lawatan Datuk Dr. Zurinah Hassan ke Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
Galeri[]
Video[]
Tonton di RCTI+[]
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/11402/aku-sebuah-buku-bagian-1
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/11403/aku-sebuah-buku-bagian-2
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/11404/aku-sebuah-buku-bagian-3