"Alunan Ramadhan" (tiga bahagian) merupakan episod ke-4, ke-5 dan ke-6 (episod ke-2 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.
Plot[]
Bahagian 1[]
Ehsan membawa buku yang mempunyai gambar-gambar makanan yang sedap-sedap. Ehsan tengok gambar-gambar pada buku sampai meleleh air liur pada buku. Upin pun menegur sikap Ehsan kerana mereka semua sedang puasa. Mail pun tiba kemudian kerana mempunyai hal. Tiba-tiba Jarjit pun muncul sambil berkata Mail mempunyai rahsia. Mail pun memberitahu bahawa dia akan memberitahu hal itu kepada kawan-kawan nanti.
Kemudian, Upin, Ipin, Jarjit, Fizi, Ehsan dan Mail menolong Atok mengutip kelapa. Kelapa sedang dipetik oleh beruk yang Atok pinjam daripada kawannya. Atok ingin menjual kelapa pada musim Ramadhan kerana terdapat permintaan ramai. Ehsan haus sampai ingin meminum air kelapa tetapi tersedut tangkai kelapa. Ehsan pun merajuk dan ingin balik. Maka Ehsan dan Fizi pun balik dahulu. Jarjit pun balik setelah melihat Ehsan dan Fizi balik. Mail pun balik selepas Jarjit tetapi tertinggal sekeping kertas. Kemudian, Atok memberi Upin & Ipin dua biji kelapa kering agar dapat diberi kepada Opah.
Bahagian 2[]
Apabila tiba di rumah, Upin & Ipin tidur di sofa kerana kepenatan menolong Atok tadi. Kak Ros pun mengejutkan Upin & Ipin untuk solat.
Di dapur, Opah dah siapkan makanan untuk Atok. Opah letak makanan dalam mangkuk tingkat. Opah pun menyuruh Kak Ros untuk hantar kepada Atok. Sambil itu, Kak Ros pun pergi ke bilik Upin & Ipin untuk memastikan bahawa Upin & Ipin telah pergi mengaji. Tetapi Upin & Ipin masih tidur di bilik. Upin & Ipin tidur berdengkur sambil meleleh air liur. Kak Ros mengambil kesempatan ini untuk merakam video dan mengambil gambar-gambar keadaan di bilik Upin & Ipin sambil mengacau Upin & Ipin yang sedang tidur.
Selepas waktu senja, Upin & Ipin telah membuka peti sejuk dan ingin minum air. Opah sempat menghalang mereka. Upin & Ipin pun menyalahkan Kak Ros kerana Kak Ros tidak membangunkan mereka dari tidur. Sambil itu, Kak Ros pun menunjukkan Upin & Ipin video yang sempat Kak Ros rakam tadi. Upin & Ipin pun mengejar Kak Ros mengeliling dapur. Kak Ros hampir terlanggar Opah. Opah pun menegur cucu-cucunya.
Semasa berbuka puasa, Opah mengajak Upin & Ipin untuk pergi ceramah selepas solat terawih.
Bahagian 3[]
Di surau, Mail memberi Rembo sedikit nasi. Mail pun menyertai Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan di anjung surau. Mail memberitahu kawan-kawan bahawa dia telah pergi menyanyi nasyid. Tetapi kawan-kawan tidak percaya.
Semasa sahur, Upin & Ipin memberitahu Opah bahawa Mail mengajak mereka untuk masuk nasyid. Tetapi Upin & Ipin telah menolak pelawaan Mail semalam. Opah pun menyuruh Upin & Ipin masuk nasyid sambil menolong Mail.
Ehsan, Fizi, Upin, Ipin, Mail dan Ijat pun berkumpul di anjung rumah Upin & Ipin. Kumpulan nasyid Iman pun berlatih menyanyi untuk Kak Ros. Opah pun mencadangkan agar mereka menyanyi lagu bulan-bulan Islam. Susanti pun muncul bersama Mei Mei dan Jarjit di anjung rumah Upin & Ipin. Mei Mei dan Jarjit juga membawa air kelapa bersama-sama semasa tiba di rumah Upin & Ipin. Susanti pun mengajar Ehsan, Fizi, Upin, Ipin, Mail dan Ijat menyanyi lagu bulan-bulan Islam. Selepas mereka habis nyanyi, Ehsan telah pun terminum air kelapa yang Mei Mei bawa.
Galeri[]
Video[]