"Amal Jariah" (tiga bahagian) merupakan episod ke-19, ke-20 dan ke-21 (episod ke-7 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini ditayang pada pukul 7.30 malam.
Episod ini bertemakan Hari Raya Aidiladha.
Sinopsis[]
Upin dan Ipin mengenali dan berdaftar untuk Tabung Ibadah Qurban, dan juga menyembunyikan lembu kegemaran mereka Sapy daripada menjadi korban Aidiladha.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin, Ipin, dan kawan-kawan bermain lattalilat untuk menentukan agihan kerja-kerja mengemas surau. Sambil mengemas, mereka terdengar orang-orang tua berbincang tentang rancangan korban di anjung surau. Kemudian mereka melayan Mail yang menderma ke dalam tabung; katanya kali ini dia derma banyak sebab murah rezeki dari berniaga. Tok Dalang pun masuk untuk menderma, sambil berpesan kepada kanak-kanak agar ikhlas menderma dan tidak perlu berkata berapa banyak derma.
Keesokan hari waktu sarapan, Upin dan Ipin menanya Kak Ros hendak buat apa dengan wang simpanan yang banyak. Jawabnya, Kak Ros menyumbang kepada Tabung Ibadah Qurban setiap bulan supaya dapat menerima sebahagian lembu korban untuk diagihkan sempena Aidiladha. Opah masuk dapur sambil memuji tabung itu kerana menyedarkan masyarakat terhadap pelaksanaan ibadah korban secara terancang.
Pada masa yang sama, Tok Dalang datang membekalkan rambutan kepada Upin dan Ipin sambil mengkhabarkan niat untuk mencari lembu Sapi untuk ibadah korban. Upin dan Ipin terkejut mendengarnya dan takut akan nasib Sapy.
Bahagian 2[]
Upin dan Ipin senyap-senyap membawa Sapy pergi dari gerai Muthu ke halaman belakang rumah mereka. Sementara itu Muthu di gerainya menangis akan kehilangan lembunya, sambil dikunjungi oleh Upin, Ipin dan Tok Dalang. Upin dan Ipin bertanya tentang niat Tok Dalang untuk mengorbankan Sapy, tetapi Tok Dalang tergelak dan membetulkan salah faham mereka bahawa dia hendak beli lembu korban dari si Sapi kampung sebelah.
Jadi seronoklah kembar itu kerana Sapy selamat. Namun keseronokan tidak kekal lama kerana Tok Dalang mengeluh si Sapi kehabisan lembu dan terpaksa menyembelih Sapy. Muthu pun terdengar lalu naik berang. Tok Dalang sempat mengaku bergurau sahaja.
Kemudian, Tok Dalang pergi mengedarkan borang Tabung Ibadah Qurban ke rumah Opah. Opah menyambut tetapi berkata sudah mendaftar. Salleh pun datang, menyakat Tok Dalang sampai terperanjat lalu menyerahkan baju Ros. Orang tua berdua pun ambil kesempatan untuk mengagihkan borang kepada Salleh, tetapi Salleh pula berkata sudah mendaftar, bahkan turut menggiatkan diri dalam amal jariah. Upin dan Ipin pulang sebaik sahaja Tok Dalang beredar, dikejutkan oleh pekikan Kak Ros dari belakang rumah.
Bahagian 3[]
Ros marah kerana terpijak tahi Sapy di halaman rumah lalu menghukum adik-adiknya untuk membersihkan najis. Selepas siap membersih, Upin dan Ipin membawa Sapy kembali kepada Muthu. Gembiralah Muthu bertemu semula dengan lembu kesayangannya.
Salleh pun datang singgah di gerai, tetapi merasa tidak senang dengan bau busuk Upin dan Ipin. Apapun, Upin dan Ipin tetap menemani Salleh yang sedang mengurus caruman Tabung Ibadah Qurban di komputer. Opah pun muncul di gerai dan meminta supaya Upin dan Ipin dibuatkan akaun tabung, maka Salleh akur.
Tibanya Aidiladha, Upin dan Ipin bersiar-siar sambil melihat (dan mengganggu) lembu-lembu korban. Ada seekor lembu jantan yang panas barannya, dengan begitu santai si kembar mengganggunya biarpun ditegah oleh Tok Dalang yang kebetulan nampak. Akhirnya mereka dikejar-kejar oleh lembu berkenaan.
Video[]