"Animasi Terakhir" (tiga bahagian) merupakan episod ke-40, ke-41 dan ke-42 (episod ke-14 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-10 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini bertemakan proses penghasilan animasi. Episod ini merupakan episod penutup bagi musim kesepuluh Upin & Ipin semenjak ia mula bersiaran pada awal 2016.
Sinopsis[]
Dunia Upin dan Ipin dalam bahaya gara-gara krisis yang berlaku di sebalik tabir penerbitan siri animasi Upin & Ipin. Maka dua kembar kecil menjangkau ruang dan masa untuk menyelamatkan keadaan di sebalik tabir produksi.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin, Ipin dan kawan-kawan sedang menikmati air batu campur di warung Muthu, tetapi apabila Muthu berpesan bahawa hari ini episod terakhir Sarjan Husin 3000 maka semua pun bergegas pulang untuk tidak ketinggalan.
Malangnya episod Sarjan Husin 3000 tidak keluar seperti yang dijadualkan. Hal ini menjadi buah mulut di Tadika Mesra yang mana Upin dan Ipin dan kawan-kawan membincangkan sebab-sebab yang mungkin di sebalik
Bahagian 2[]
Setelah tertunda satu hari akhirnya Sarjan Husin 3000 episod terakhir keluar. Mula-mula Upin dan Ipin teruja menyambut siaran yang ditunggu-tunggu, tetapi makin larut tayangan makin jemu pula penontonnya. Akhirnya Upin dan Ipin kecewa kerana penghujung cerita Sarjan Husin yang mengecewakan gara-gara watak utamanya kurang berlawan.
Keesokan pagi, Upin dan Ipin melayan Ehsan dan Mail bermain dengan figura aksi Sarjan Husin, tetapi tiba-tiba mereka menyedari orang di sekeliling mereka berkedip-kedip, haiwan bergerak tersekat-sekat dan persekitaran kampung hilang warna!
Bahagian 3[]
Peristiwa yang melanda persekitaran mereka amat menyeramkan Upin dan Ipin hingga mereka lari ke rumah, namun rumah mereka pun tidak selamat daripada fenomena di luar, malah kembar itu sendiri terjejas apabila suara Ipin berubah dan rambut sebatang Upin berubah. Ketika bersembunyi di dalam bilik mereka, Upin dan Ipin menemui sebuah portal terapung yang membawa mereka ke alam di sebalik tabir penghasilan animasi Upin & Ipin.
Di situ mereka mengenali pelbagai proses penghasilan animasi, iaitu rakaman suara, papan cerita (storyboard) dan penulisan skrip yang berada dalam keadaan tidak keruan. Satu demi satu mereka memperbaiki kualiti animasi mereka dan setelah itu mereka kembali ke dunia asal yang kembali seperti sediakala. Selepas itu mereka memutarkan kembali (rewind) cerita kepada babak bersama Mail dan Ehsan di warung di mana kembar mengajak kawan-kawan menonton rancangan kartun pengganti Sarjan Husin - Robot U&I (hasil daripada meminda skrip di alam lain). Upin dan Ipin menutup cerita dengan mengajak penonton menonton Upin & Ipin setiap hari kerana mereka luar biasa.
Trivia[]
- Episod ini diraikan khas sempena penerbitan siri Upin & Ipin yang telah menjangkaui 10 musim.
- Episod ini juga merupakan episod di sebalik tabir penghasilan siri.
- Dalam episod ini, pelbagai perkara telahpun didedahkan di sebalik penghasilan siri ini. Antaranya termasuklah:
- Sebab mengapa pelakon suara Upin dan Ipin merupakan seorang perempuan.
- Sebab mengapa rambut Upin mempunyai jambul berpilin.
- Warna asal rumah Upin dan Ipin.
- Episod ini merupakan kali kedua di mana Upin dan Ipin berinteraksi dengan penonton selepas episod Hari Raya dalam musim pertama (bagi episod penutup musim).
- Babak di mana Upin dan Ipin ingin menyimpulkan episod ini serupa dengan babak paling awal di seluruh siri Upin & Ipin, iaitu pada babak Upin dan Ipin mula menceritakan pengalaman mereka berpuasa di episod Esok Puasa, musim pertama.
Video[]