Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Apa Benda Tu?" (tiga bahagian) merupakan episod ke-37, ke-38 dan ke-39 (episod ke-13 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Jarjit jumpa UFO? (makhluk asing) ataupun drone Abang Salleh?

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin, Ipin dan kawan-kawan sedang bermain tanglung. Tiba-tiba Jarjit ternampak UFO. Jarjit pun lari lintang-pukang balik ke rumahnya.

Keesokkan harinya, Jarjit memberitahu kawan-kawan bahawa dia terjumpa UFO semalam. Rupa-rupanya semalam Jarjit bukan lari balik ke rumah, tetapi lari mengejar UFO tersebut. Jarjit telah membawa UFO itu ke sekolah. Tiba-tiba UFO itu terbang dengan sendiri. Kawan-kawan pun cuba menangkap UFO tersebut. Semasa kawan-kawan mengejar UFO tersebut sampai keluar dari kelas, Upin, Ipin, Jarjit, Eshan & Fizi  terlanggar Cikgu Besar yang sudah berada di luar kelas.

Bahagian 2[]

Cikgu Besar sangat marah kerana Upin, Ipin, Jarjit, Eshan & Fizi telah lari keluar dari kelas. Maka UFO pun sudah terlepas ke angkasa.

Pada waktu petang, semasa Upin, Ipin, Jarjit dan Mail sedang bermain bola sepak di padang, mereka sekali lagi ternampak UFO. Upin, Ipin, Jarjit dan Mail pun mengejar UFO tersebut sampai terlanggar Uncle Muthu yang sedang memegang beberapa cawan. Upin, Ipin, Jarjit dan Mail juga terlanggar belakang Sapy yang sedang makan rumput. Tiba-tiba Abang Salleh muncul dengan alat kawalan jauhnya yang sudah kehabisan bateri.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Upin & Ipin jumpa UFO atas pokok. Maka Upin pun terpaksa panjat pokok untuk mengambil UFO itu. Pada masa yang sama, Kak Ros nampak Upin panjat pokok. Kak Ros pun marah. Kak Ros nampak Upin pegang UFO, tetapi tidak percaya Upin sedang pegang UFO. Tiba-tiba Ehsan lari dan memberitahu bahawa dia mempunyai video UFO. Kak Ros pun menakutkan mereka bahawa UFO akan menakluki bumi.

Bahagian 3[]

Kak Ros pun bersama Upin, Ipin dan kawan-kawan ke sungai yang sangat kotor. Mereka pun sama-sama membersihkan kawasan sungai. Setelah siap membersihkan sampah-sarap, kawasan tersebut kembali bersih.

Pada waktu malam, Upin & Ipin ikut Atok untuk kutip durian. Pada masa yang sama, Upin & Ipin pun melastik UFO itu.

Keesokkan harinya di gerai Uncle Muthu, Upin & Ipin menceritakan apa yang berlaku semalam. Abang Salleh juga berada di gerai Uncle Muthu. Abang Salleh sedih kerana drone Abang Salleh dah rosak. Abang Salleh guna kamera terbang itu (drone) untuk mencari punca sungai mereka tercemar. Tetapi drone lagi satu sudah hilang. Upin & Ipin pun memberi drone yang mereka terjumpa atas pokok kepada Abang Salleh. Abang Salleh gembira kerana memory kad masih ada dalam drone. Maka dapatlah bukti-bukti siapakah pencemar sungai.

Galeri[]

Video[]

Kompilasi_Upin_&_Ipin_Musim_12

Kompilasi Upin & Ipin Musim 12


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement