"Azam Puasa" (tiga bahagian) merupakan episod ke-7, ke-8 dan ke-9 (episod ke-3 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin. Sempena bulan Ramadhan, episod ini ditayang pada pukul 4.30 petang.
Sinopsis[]
Upin dan Ipin berazam untuk pergi sembahyang terawih penuh setiap malam sepanjang Ramadan. Sempena menyambut bulan puasa, Upin dan Ipin dan kawan-kawan bergotong-royong membersihkan surau serta belajar tentang kebaikan azam puasa (dan keburukan cicak mengikut adat resam). Pada malam pertama puasa Upin dan Ipin berlumba-lumba membaiki tasbih Opah yang putus.
Plot[]
Bahagian 1[]
Sambil membuat sirih, Opah menyoal Upin dan Ipin sama ada mereka sedia untuk berpuasa esok. Dengan bangganya Upin dan Ipin menegaskan bahawa mereka tahu segala adat bulan puasa. Ros menyatakan azam untuk membuat tart nenas bulan puasa ini, tetapi Opah berpesan bahawa Ros setiap tahun menyatakan hasrat sedemikian tetapi masih belum tercapai.
Kemudian, Upin dan Ipin singgah di gerai Muthu untuk makan ais kacang bersama kawan-kawan. Tok Dalang pun ada di situ, memesan kembar itu dan kawan-kawan supaya tolong mengemas surau selepas makan. Seperti yang dijanjikan, Upin dan Ipin dan kawan-kawan datang ke surau, bermain sambil menunggu masa untuk kerja. Sambil bermain tiba-tiba mereka terdengar suara Tok Dalang meraung lalu masuk ke surau.
Rupa-rupanya Tok Dalang terputus gelang getah cuba menghalau cicak, apalagi berdepan dengan mudarat tahi cicak yang merata-rata di dalam surau, yakni najis yang membatalkan sembahyang. Tok Dalang menyuruh kanak-kanak membersihkan tahi cicak sementara dia sendiri pergi menghapuskan cicak.
Ipin merayu pada Tok Dalang supaya jangan, tetapi Tok Dalang mengingatkan bahawa cicak itu musuh berdasarkan dua riwayat nabi mengenai cicak. Ketika rumah Nabi Ibrahim a.s. dibakar semua haiwan menolong memadamkan api kecuali cicak yang meniup hingga api marak, malah ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua, cicak dalam gua berbunyi menarik perhatian musuh, tetapi labah-labah membuat sarang menyelamatkan keadaan. Maka Tok Dalang berpesan, cicak dihapuskan besar pahalanya.
Bahagian 2[]
Sebelum bertolak ke masjid, Opah menyuruh Upin dan Ipin pergi mengambilkan tasbih dari biliknya. Sebaik sahaja menemui tasbih, terjumpa pula najis cicak di atasnya. Maka Opah menyuruh tinggalkan sahaja. Baru sahaja hendak pergi, mereka terlihat cicak di atas pintu dan mengambil kesempatan untuk melastiknya. Oleh kerana tiada gelang getah, mereka mengambil tasbih yang terkena najis sebagai ganti. Akibatnya tasbih putus dan manik-maniknya bertaburan, tetapi Upin dan Ipin sempat mengutip manik-manik apabila dipanggil Opah.
Upin dan Ipin membawa tasbih yang putus ke surau untuk meminta Tok Dalang menggantikan tasbih Opah yang putus dengan tasbih sedekah. Tok Dalang meminta supaya tasbih dibaiki sahaja kerana tasbih sedekah untuk kegunaan jemaah surau. Lagipun manik yang dibawa tidak cukup - sepatutnya 33 tetapi tinggal 28. Upin dan Ipin cemas kerana Opah belum tahu tentang tasbihnya.
Baru sahaja Upin dan Ipin bergegas dari surau, Ijat menyampuk dan meminta mereka tunjuk ajar mengaji sebagai azam puasa. Upin dan Ipin memesan Ijat untuk datang ke surau untuk belajar esok. Ehsan, Fizi dan Mail turut berkumpul berbual tentang azam puasa masing-masing: Ehsan mahu menguruskan badan dan Fizi mahu berpuasa penuh. Upin pun hendak melafazkan azam tetapi teringat pula tasbih Opah dan bergegas pulang, disusuli Ipin.
Waktu sahur, Upin dan Ipin melafazkan azam untuk sembahyang terawih penuh di depan Opah dan Ros. Selepas itu Opah bertanya pula tentang tasbih.
Bahagian 3[]
Upin dan Ipin menyerahkan tasbih yang hilang itu kembali kepada Opah, tetapi ada yang nampak lain. Ada lima biji manik berwarna-warni. Sekali Ros melihatnya, terus dia tahu Upin dan Ipin memakaikan maniknya pada tasbih lantas mengejar mereka dengan marah. Opah pun ikut untuk cuba menenangkan perasaan Ros sempena bulan puasa.
Upin dan Ipin terpaksa menceritakan perkara sebenar tentang tasbih Opah, apalagi tentang bagaimana mereka mencuri masuk bilik Ros untuk mengambil manik ganti. Nasib baik Ros mengawal kemarahan kerana adalah azamnya untuk bersabar sepanjang bulan puasa.
Keesokan hari di surau, Upin dan Ipin dan kawan-kawan mengemas surau. Selepas mengemas, Upin dan Ipin melafazkan azam untuk terawih setiap malam. Kawan-kawan mengeluh tidak dapat bermain atau makan sama-sama selepas ini. Tok Dalang muncul dan menegur agar azam yang baik harus dipuji, malah dia menjemput semua budak mencuci tandas surau demi kebaikan.
Sebaik sahaja habis bercakap, Tok Dalang menangkap seorang lelaki yang cuba mengorek tabung sedekah. Lelaki itu berkata hendak menuntut baki kerana terlebih derma. Budak-budak pun mentertawakannya sementara Tok Dalang berpesan supaya menghalalkan sahaja derma yang diberikan dan menyuruhnya mengikut mereka berbuat kebaikan.
Video[]