Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Barang Silam" (tiga bahagian) ialah episod ke-25, ke-26 dan ke-27 (episod ke-9 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-7 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Bangsal tok dalang

Di bangsal sejarah Tok Dalang.

Upin dan Ipin tiba di rumah Tok Dalang untuk menghantar bekalan makanan. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi hempasan dari halaman belakang lalu bergegas ke situ. Rupa-rupanya Tok Dalang sedang mengemas bangsal. Setelah diberi makanan, Tok Dalang menyuruh Upin dan Ipin untuk tolong mengemas. Belum menyentuh satu kotak pun, kembar itu terjumpa suatu peti lama yang terkunci di pinggiran bangsal. Dalam kelekaan meneka apa yang ada di dalamnya, mereka dikejutkan oleh Tok Dalang yang kemudiannya menjelaskan bahawa di dalam peti itu ada keris yang dikumpul sebagai warisan sejarah. Di samping itu, keris juga disimpan dalam rak di sekitar bangsal.

Syiling 1 sen

Syiling 1 sen kesayangan Tok Dalang.

Ketika hendak menyambung kerja, Upin tersigung suatu balang yang berisi wang hingga jatuh dan terkeluar isinya. Upin memungut wang kertasnya lalu menunjukkannya kepada Tok Dalang; jawabnya, itu wang kertas buatan daun pisang yang digunakan sewaktu zaman pemerintahan Jepun. Ipin turut menunjukkan sekeping duit syiling yang kelihatan kusam; jelas Tok Dalang, itu syiling satu sen Malaysia dari tahun 1976 yang sudah tidak digunakan, malah kini merupakan barang antik yang mampu dijual pada harga RM70,000. Upin dan Ipin meluahkan rasa takjub dengan kemahalan syiling itu; tambah Tok Dalang, hanya terdapat 100 keping duit syiling itu di dunia. Ipin bertanya mengapa Tok Dalang tidak menjualnya; jawabnya, dia terlalu sayang dengan satu-satunya keping syiling satu sen yang ada padanya.

Selepas leka bercerita tentang wang lama, Upin menunjuk jari pada setimbun kertas lalu bertanya sama ada itu juga barang antik. Sanggah Tok Dalang, itu cuma surat khabar lama. Namun Ipin berhujah bahawa ianya tetap berharga kerana dipungut oleh Ah Tong setiap hari. Tiba-tiba, mereka digemparkan oleh kehadiran seekor tikus di atas kopiah Tok Dalang! Mujurlah syiling satu sen itu terselamat dari dimakannya gara-gara keras.

Pinggan lama

Kak Ros sedang menyimpan pinggan lama.

Sekembali di rumah, sambil bergilir-gilir menuangkan air, Upin dan Ipin terlihat Kak Ros menyimpan pinggan di dalam kotak di tepi tangga bilik dapur, lalu pergi menanyanya. Jelas Kak Ros, pinggan-pinggan itu sudah lama dan untuk dijual kepada Ah Tong. Upin menganggap pinggan itu sebagai barang antik kerana lama, berharga dan boleh dijual pada harga yang mahal. Sanggah Kak Ros, pinggan ini tidak antik kerana masih dijual di kedai. Maka Upin meminta jelas sama ada barang dikira antik jika tidak dijual di kedai lagi; Kak Ros mengiyakannya. Upin bertanya lagi sama ada di rumah mereka ada barang antik; Kak Ros dengan lucunya mengiyakan hal itu juga, iaitu Opah! Panjang umur, terdengarlah suara Opah yang menegur gelagat cucu sulungnya.

Sambil beredar dari bilik dapur, Ipin terperasan suatu bungkusan berikatan emas berkilau di bawah tangga, lalu memanggil Upin untuk turut melihatnya. Mereka berdua tidak pernah melihat benda berkenaan, maka rasa ingin tahu mendorong mereka untuk membukanya.

Bahagian 2[]

U i dan sekapur sirih

Apakah barang ini? Macam pernah tengok je...

Upin dan Ipin ditangkap oleh Opah kerana membuka bungkusan itu. Rupa-rupanya barang itu sudah lama dicari-cari oleh Opah! Upin dan Ipin teringat akan benda serupa yang pernah dilihat oleh mereka sewaktu membantu Salleh di rumahnya (dalam episod "Jari Jemari Salleh"), lantas memanggilnya junjung, iaitu bekas sirih untuk perkahwinan. Jelas Opah, barang lama ini namanya tepak sirih, malah banyak kegunaannya, bukan sahaja untuk perkahwinan, malah digunakan untuk menghidangkan sirih kepada tetamu sebagai adat "pembuka kata" dahulu kala. Jelasnya lagi, amalan itu kini hanya diamalkan oleh orang tua, apalagi tepak sirih makin jarang digunakan, maka digelarkannya barang antik. Upin menyanggah bahawa di rumah Salleh ada banyak tepak sirih; jelas Opah, tepak sirih miliknya istimewa dengan corak ukiran yang sukar didapati. Opah berpesan supaya tepak sirihnya dijaga dengan elok supaya boleh digunakan apabila Kak Ros berkahwin kelak.

Peti lagu antik

Segalanya di sini, menggamit memori

Keesokan hari, Upin dan Ipin tiba di warung Muthu untuk bertemu dengan Ehsan dan Fizi, tetapi disampuk oleh kerja Ah Tong memunggah kotak. Mereka menawarkan pertolongan tetapi ditolak. Ehsan memanggil mereka ke meja lalu bercakap besar bahawa dia telah menyiapkan tiga mangkuk ABCD. Sebaik sahaja Upin bertanya hendak bermain apa hari ini, tiba-tiba mereka dikejutkan oleh muzik yang dimainkan oleh Ah Tong bersama Muthu, maka mereka terus pergi mencelah. Muthu berasa geram dengan gangguan mereka berempat lalu beredar. Apapun, Ah Tong gembira menerangkan bahawa barang yang dipasangnya ialah gramofon yang digunakan untuk memainkan lagu dari piring hitam.

Haiya jangan main2la

Haiya, jangan main-mainlah!

Sementara Ah Tong pergi mengemaskan piring-piring hitamnya, Ipin mendekati mulut corong gramofon itu, kemudian ditolak oleh Upin yang mengambil kesempatan untuk mengusik demi bersuka-suka. Gelak ketawa Upin dan kawan-kawan membuat Ah Tong rimas. Setelah Ipin mengeluarkan kepala dari corong itu, Ah Tong berpaling dan menegur kenakalan mereka berempat. Tambahnya lagi, corong itu adalah pembesar suara yang menguatkan mutu lagu yang diputarkan. Fizi menyentuh tapak gramofon sambil bertanya apa benda pusing-pusing itu, tetapi Ah Tong dengan suara tegas menegah mereka dari menyentuhnya lagi dengan alasan bahawa gramofon itu barang antik yang berharga.

Apapun, Fizi meminta Ah Tong untuk memasang satu lagi lagu, tetapi Ah Tong melarang dengan alasan yang sama juga, iaitu barang antik yang sukar didapati. Upin dan Ipin membantu pujukan dengan mengeluarkan piring hitam "Bintang 1972" dalam kulitnya, maka Ah Tong pun akur untuk memainkan satu lagi lagu sebelum dia mengemaskan semuanya. Setelah lagu tamat, kanak-kanak itu masih merayu untuk dengar lagi. Sementara Ah Tong menutup gramofon dan mengangkat kotak, tiba-tiba mereka semua perasan yang kotak itu terbalik penutupnya, longgar rekatannya dan jatuhlah semua piring-pring yang terkandung di dalamnya!

Tidak lama kemudian, Upin dan Ipin mengeluh nasib Ah Tong yang kerosakan piring-piring hitamnya. Tiba-tiba, mereka dikejutkan oleh Tok Dalang yang berlari ke arah mereka sambil meminta tolong.

Bahagian 3[]

Detu i 0709

Peringkat awal penyiasatan.

Tok Dalang dengan cemasnya mengadu bahawa duit pokok pisangnya telah hilang! Maka Upin dan Ipin menganggapnya sebagai kes kecurian lantas beralih ke ragam Detektif Upin dan Ipin untuk menyiasat. Maka mereka bertiga bergegas ke bangsal sebagai permulaan, di mana Upin terkilan melihat tempatnya bersepah lagi setelah dikemaskan oleh mereka semalam. Alasan Tok Dalang, itu kerana dia tercari-cari wang yang hilang itu.

Mula-mula sekali, Upin bertanya bilakah Tok Dalang sedar akan kehilangan duit berkenaan; jawabnya, sewaktu dia mengemas duit-duitnya. Soalan seterusnya, siapakah yang datang ke rumah Tok Dalang selepas Upin dan Ipin beredar; jawabnya,.Ah Tong datang untuk membeli surat khabar lama, dijemput masuk ke bangsal dan terlihat juga balang wang lama itu.

Detu i soal siasat ahtong

Suspek pertama: Ah Tong.

Maka Detektif Upin dan Ipin beralih ke suspek pertama, iaitu Ah Tong. di mana mereka memisitnya di halaman rumah tentang kehilangan duit pokok pisang dari balang duit lama di bangsal Tok Dalang. Ah Tong tegas menyanggah dakwaan mereka bahawa dia tidak terlihat sebarang duit kertas dalam balang syiling itu.

Detu i soal siasat mail

Suspek kedua: Mail

Seterusnya, mereka menuduh Mail pula ada kena-mengena dengan kehilangan wang daun pisang Tok Dalang. Tetapi pertanyaan Upin yang tergagap-gagap cuba menyebut "duit daun pisang" sedikit mengganggu soal siasat, tetapi akhirnya dijawab dengan sanggahan Mail yang yakin.

Sekembali di rumah Tok Dalang, Detektif Upin dan Ipin mengeluh kerana gagal menjumpai duit daun pisangnya itu. Rupa-rupanya Tok Dalang sudah terjumpa kembali duit berharganya ada dalam koceknya selama ini.

Telatah Upin dan Ipin yang penat bermain detektif digelakkan oleh seekor katak yang berdiri lalu, sendiri berlagak sebagai detektif untuk mengajuk, lalu ia pun dimarahi oleh adik-beradik kembar itu.

Video[]

Promo_Upin_Ipin_Musim_7_-_Barang_Silam_12_Oktober_2013,_6.30pm,_TV9

Promo Upin Ipin Musim 7 - Barang Silam 12 Oktober 2013, 6.30pm, TV9


Tonton di RCTI+[]

Advertisement