Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Bela Berudu" (tiga bahagian) merupakan episod ke-19, ke-20 dan ke-21 (episod ke-7 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin dan Ipin menyertai Fizi, Mail dan Jarjit menangkap berudu di parit. Upin dan Ipin bercadang untuk membawa pulang berudu untuk dibela sehingga jadi katak secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tua mereka.

Bahagian 2[]

Rancangan membela berudu akhirnya dibongkar oleh Kak Ros yang menyuruh mereka melepaskan berudu itu semula ke dalam parit. Keesokan hari, Upin dan Ipin membawa berudu ke tadika untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Malangnya, kisah membela berudu Fizi, Mail dan Jarjit tidak berkesudahan dengan gembira. Mereka berhasrat untuk melepaskan berudu dalam kolam tadika, tetapi dilarang oleh Cikgu Besar.

Bahagian 3[]

Setelah puas meminta izin daripada Kak Ros dan Opah supaya dapat membela berudu, Upin dan Ipin pergi meminta tolong daripada Tok Dalang untuk membesarkan berudu sama-sama, sehingga berudu itu membesar jadi katak dan sedia untuk dilepaskan ke sungai. Tetapi, semasa dilepaskan ke sungai, katak-katak dimakan ikan. Upin & Ipin pun sedih.

Trivia[]

  • Ini merupakan rantaian episod ketujuh dalam turutan siaran perdana MNCTV, tetapi episod keempat (10, 11, 12) dalam turutan Astro Prima.
Astro go - bela berudu


Galeri[]

Video[]

Episod_Baru_Upin_&_Ipin_Musim_13_-_Bela_Berudu

Episod Baru Upin & Ipin Musim 13 - Bela Berudu

Promo Episod Bela Berudu


Lihat lagi[]

Advertisement