"Bijak Sifir" (tiga bahagian) merupakan episod ke-13, ke-14 dan ke-15 (episod ke-5 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin dan Ipin dimarahi Kak Ros kerana mendapat markah kosong dalam ujian sifir dua, apatah lagi ditegur oleh Opah kerana meniru jawapan satu sama lain. Namun demikian, Upin dan Ipin mempamerkan keyakinan untuk menghadapi ujian sifir keesokan hari dengan menyanyikan lagu sifir tiga. Malang sekali, keesokan harinya, ujian bukan sifir tiga tetapi sifir empat!
Bahagian 2[]
Upin dan Ipin sekali lagi gagal ujian sifir. Ini menyebabkan Kak Ros naik marah dan berikhtiar untuk mendisiplinkan mereka sebagai guru tuisyen yang cukup tegas. Bukan sahaja tidak membenarkan mereka keluar bermain, bahkan juga membuat mereka mengulang kaji sehingga lewat malam. Sungguhpun begitu, akhirnya Upin dan Ipin menyambut baik tindakan kakak mereka.
Bahagian 3[]
Keesokan hari, Upin dan Ipin cemerlang dalam penyampaian sifir dalam kelas. Apabila ditanya cikgu, jawab mereka inilah berkat dari tunjuk ajar daripada Kak Ros. Balik rumah, mereka meminta Kak Ros mengajar lagi, kali ini mereka mengajak Fizi yang juga lemah sifir datang untuk membaiki kemahiran sifir.
Trivia[]
- Dalam episod inilah kita mengetahui nama-nama penuh watak tertentu (kerana tertulis dalam kertas ujian dan kad penilaian):
- Upin: Aruffin bin Abdul Salam
- Ipin: Ariffin bin Abdul Salam
- Fizi: Muhammad Al-Hafeezy bin Yusoff
- Ini merupakan rantaian episod kelima dalam turutan siaran perdana MNCTV, tetapi episod kedua (4, 5, 6) dalam turutan Astro Prima.
Galeri[]
Promo[]