"Bila Besar Nanti" (tiga bahagian) ialah episod ke-19, 20, 21 dalam musim ke-4 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan. Episod-episod ini ditayangkan khas sempena Aidilfitri, sejurus selepas "Menjelang Syawal".
Ringkasan[]
Bahagian 1[]
Cikgu Jasmin mengajar apa itu cita-cita, lalu menyuruh murid-murid agar melukis gambaran cita-cita masing-masing untuk kelas pendidikan seni keesokan harinya. Untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik ini, Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros dan Opah.
Bahagian 2[]
Upin dan Ipin dimarahi Kak Ros kerana tergelak cita-cita Kak Ros menjadi doktor. Apapun, mereka tetap memikirkan cita-cita sendiri untuk dilukiskan pada hasil seni mereka untuk kelas esok. Pada pagi keesokannya, murid-murid memperdengarkan cita-cita mereka: Ehsan hendak menjadi tukang masak selebriti; Fizi hendak menjadi pengumpul sampah demi kebersihan alam.
Bahagian 3[]
Jarjit melukis gambar polis menahan penjenayah, kemudian berolok-olok menjadi wartawan di depan satu kelas yang tertanya-tanyakan isi gambarnya. Giliran Upin dan Ipin membentangkan cita-cita mereka bersama-sama: Upin hendak menjadi angkasawan negara, dan Ipin pula hendak menjadi saintis roket.
Senarai Cita-cita[]
- Mei Mei, seorang guru.
- Ehsan, seorang tukang masak.
- Fizi, seorang pengutip sampah.
- Jarjit, seorang wartawan.
- Upin, seorang angkasawan.
- Ipin, seorang saintis roket.
- Mail, seorang usahawan yang berjaya. (rujuk episod Terima Kasih Cikgu!)