Upin & Ipin Wiki
Advertisement


"Bila Besar Nanti" ialah episod ke-19, 20, 21 dalam musim keempat siri TV Upin & Ipin dan Kawan-kawan. Episod-episod ini ditayangkan khas sempena Aidilfitri, sejurus selepas "Menjelang Syawal".

Ringkasan

Bahagian 1

Cikgu Jasmin mengajar apa itu cita-cita, lalu menyuruh murid-murid agar melukis gambaran cita-cita masing-masing untuk kelas pendidikan seni keesokan harinya. Untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik ini, Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros dan Opah.

Bahagian 2

Upin dan Ipin dimarahi Kak Ros kerana tergelak cita-cita Kak Ros menjadi doktor. Apapun, mereka tetap memikirkan cita-cita sendiri untuk dilukiskan pada hasil seni mereka untuk kelas esok. Pada pagi keesokannya, murid-murid memperdengarkan cita-cita mereka: Ehsan hendak menjadi tukang masak selebriti; Fizi hendak menjadi pengumpul sampah demi kebersihan alam.

Bahagian 3

Jarjit melukis gambar polis menahan penjenayah, kemudian berolok-olok menjadi wartawan di depan satu kelas yang tertanya-tanyakan isi gambarnya. Giliran Upin dan Ipin membentangkan cita-cita mereka bersama-sama: Upin hendak menjadi angkasawan negara, dan Ipin pula hendak menjadi saintis roket.

Senarai Cita-cita

Mei Mei, seorang guru.

Ehsan, seorang tukang masak.

Fizi, seorang pengutip sampah.

Jarjit, seorang wartawan.

Upin, seorang angkasawan.

Ipin, seorang saintis roket.

Mail, seorang usahawan yang berjaya. (rujuk episod Terima Kasih Cikgu.

Advertisement