"Bila Cuti Sekolah" (tiga bahagian) merupakan episod ke-16, ke-17 dan ke-18 (episod ke-6 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-10 daripada siri Upin & Ipin.
Plot[]
Bahagian 1[]
Hari ini, Upin dan Ipin sering bertukar-tukar aktiviti. Setiap kali diganggu benda lain, mesti mereka bertukar. Daripada melukis gambar di rumah, mereka menyakat Rembo. Kemudian bertemu dengan bulu pelepah, mereka berlumba meniup-niup bulu. Akhirnya bola sepak datang, maka mereka bermain bola sepak pula dengan Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit.
Keriangan bertukar kecemasan apabila bola terkena sarang lebah, menyebabkan mereka semua dikejar oleh lebah marah berkerumun, berlari-larian seluas kampung hingga terjun ke sungai untuk berteduh.
Setelah keluar dari sungai, Upin, Ipin dan kawan-kawan terkejut melihat Tok Dalang pula dikelilingi lebah. Mujur itu lebah kelulut, tidak menyengat orang, apatah lagi sedang diternak oleh Tok Dalang.
Bahagian 2[]
Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin sekawan untuk menyedut madu dari tempayan lebahnya. Biarpun mulanya geli menengok, tetapi rasanya manis bila madu disedut terus dari sarang lebah. Fizi cuba menyedut dari corong luar tempayan tetapi ditegah oleh Tok Dalang kerana itu salur masuk lebah.
Kemudian Tok Dalang menjemput budak-budak tolong mengumpulkan madu dan indung lebah. Setelah itu, datangnya penjaja aiskrim membuat Upin dan Ipin memujuk Tok Dalang untuk membelikan aiskrim. Mulanya berat hati, tetapi Tok Dalang mengambil kesempatan untuk mencubakan madunya ke atas aiskrim yang dibeli.
Upin dan Ipin bertemu semula dengan Mail dan Jarjit yang membeli air dari penjaja tadi. Daripada penjaja itu mereka mengumpul penutup botol untuk bahan taruhan bermain perang kemuncup di pondok. Sementara itu Mei Mei dan Susanti memungut buah cermai di pokok berdekatan, hingga diganggu oleh pergaduhan Upin dan Ipin dengan Mail di pondok.
Bahagian 3[]
Susanti bermain perang kemuncup dengan Jarjit dengan buah jambu sebagai taruhan. Susanti menang, jadi dia dan Mei Mei membolot semua buah cermai untuk dimakan. Budak lelaki berempat pergi mengutip buah cermai yang gugur di bawah pokok, tetapi sedar-sedar juga buah itu terlalu masam. Apapun Mail mencari jalan dengan buah cermai muda ini dan mengajak kawan-kawan tolong mengutipnya.
Keesokan hari di tadika, murid-murid bersiap dengan lukisan yang disuruhkan untuk kerja rumah semalam. Cikgu Melati masuk untuk mengajarkan tema "Bila cuti sekolah saya rindu..." dengan lukisan murid-murid. Fizi disuruh tampil ke depan menayangkan lukisannya; rupa-rupanya dia tidak melukis apa-apa pun. Setelah ditanya cikgu, Fizi menjelaskan dia tidak merindui apa-apa, maka lukisannya kosong.
Mei Mei pula melukiskan rindunya kepada kerja sekolah kerana dia paling gemar kerja sekolah. Cikgu Melati mencadangkan kerja sekolah sempena cuti, menggerunkan satu kelas. Mail akan merindui kerja menjual di sekolah; tetapi di sekolah dilarang menjual. Ipin akan merindui Tadika Mesra punca ilmunya, tetapi terbawa kertas kosong (lukisannya tertinggal di rumah). Upin pula menggambarkan rindu kepada Cikgu Melati, begitu juga semua murid.
Video[]