"Bila Hujan Turun" (tiga bahagian) merupakan episod ke-28, ke-29 dan ke-30 (episod ke-10 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Dalam episod ini, Upin & Ipin main dalam hujan. Kemudian, Upin & Ipin datang bersama payung kesayangan Kak Ros kerana Kak Ros terlupa membawa payung semasa ke kedai.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin dan Ipin bermain kapal kertas bersama kawan-kawan di tengah-tengah hujan, sehinggalah kilat menyambar menakutkan mereka untuk pulang. Setelah hujan reda, Upin dan Ipin meminta Opah untuk membelikan mereka baju hujan.
Bahagian 2[]
Upin dan Ipin bermain bola lisut bersama Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit. Upin memukul bola jauh-jauh dan terpaksa pergi mencarinya bersama Ipin. Dalam mencari bola, mereka menemui sebuah kelopak air hujan besar yang boleh digunakan sebagai kolam renang dan semua kawan-kawan pun diajak sekali.
Bahagian 3[]
Upin dan Ipin dilarang keluar bermain sebagai hukuman oleh Kak Ros kerana pulang dalam keadaan kotor dan mengotorkan baju-baju jemuran yang dipungut. Namun ketika waktu hujan, mereka keluar ke kedai runcit membawakan payung yang tertinggal kepada Kak Ros yang menunggu di sana.
Trivia[]
- Ini ialah episod ke-10 dalam turutan MNCTV, dan episod ke-8 (22, 23, 24) dalam turutan Astro Prima.
Galeri[]
Video[]
Tonton di RCTI+[]
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/7643/bila-hujan-turun-bag-1
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/7644/bila-hujan-turun-bag-2
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/7645/bila-hujan-turun-bag-3