Upin & Ipin Wiki
Advertisement


Buai Laju-Laju merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia, Ernie Zakri yang turut memegang watak sebagai Bawang Putih dan Bawang Merah dan juga merupakan salah satu daripada dua lagu tema untuk filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Lagu ini merupakan runut bunyi ke-32 (Buai Laju-Laju (Chorus)), ke-34 (Kemaafan (Air Mata Kakak)), ke-54 (versi asal filem), dan ke-55 (versi instrumental) dalam album runut bunyi rasmi filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Lagu ini dicipta oleh Arif Asyraf Munap dengan liriknya ditulis oleh Ahmad Zakri Tomirin. Lagu ini diterbitkan sepenuhnya oleh Les' Copaque Production.

Lirik[]

Haaa...haaa...haaa...haaa

Sunyi sepi, hidup tanpa keluarga
Menagih kasih ibunda
Diriku ini terperangkap di sini
Sanggupnya difitnah insan yang dikasihi

Buai laju-laju
Buailah diriku
Buai laju gembirakan hatiku

Buai laju-laju
Buailah diriku
Hati duka terkenang nasibku

Haaa...haaa...haaa...haaa

Buai laju-laju
Buailah diriku
Buai laju gembiranya hatiku

Titisan air mata
Maafkan segalanya
Hati gembira, kasih bertaut semula

Kredit[]

  • Rakaman di: WGBH Fraser Studios
  • Pengadun Muzik: Falk Au Yeong
  • Gubahan Orkestra: Sachiko Miyano
  • Rakaman Muzik Video: Adam Amiruddin dan Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
  • Komposer Lagu: Arif Asyraf Munap
  • Penulis Lirik: Ahmad Zakri Tomirin
  • Dipersembahkan oleh: Ernie Zakri

Video[]

Advertisement