Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Dayung Laju-Laju" (tiga bahagian) merupakan episod ke-13, ke-14 dan ke-15 (episod ke-6 mengikut kiraan tajuk cerita) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Fizi, Upin, Ipin, Jarjit, Mei Mei, Susanti & Mail sedang bermain di pondok. Ehsan pun datang memberikan rantai kunci berbentuk kapal kepada kawan-kawan. Fizi menyatakan bahawa Fizi tidak akan naik kapal bersama Ehsan. Ini kerana kapal akan tenggelam kerana Ehsan sangat berat. Ehsan pun marah.

Apabila tiba di rumah, Upin & Ipin pun memberitahu Kak Ros bahawa mereka ingin naik kapal juga. Kemudian, Opah menyuruh Kak Ros memberi kotak-kotak kepada Uncle Ah Tong. Kemudian, Kak Ros mendapat idea untuk membuat kapal untuk Upin & Ipin menggunakan kotak-kotak tadi. Kemudian, Upin & Ipin pun berimaginasi dengan menggunakkan kapal kotak mereka. Upin & Ipin pun mendayung dengan menggunakan penyapu. Banyak habuk terhasil. Kak Ros pun marah.

Bahagian 2[]

Kak Ros pun kejar Upin & Ipin di seluruh kawasan rumah. Sambil mengejar Upin & Ipin, Kak Ros secara tidak sengaja merosakkan kapal Upin & Ipin.

Di sekolah, Upin & Ipin pun menceritakan kapal mereka kepada kawan-kawan. Upin & Ipin pun mengajak kawan-kawan untuk datang ke rumah pada waktu petang nanti.

Pada waktu petang, Mail, Jarjit, Fizi dan Ehsan pun datang melihat kapal Upin & Ipin. Mereka pun gelak terbahak-bahak melihat kapal Upin & Ipin. Kemudian, Jarjit pun naik kapal bersama Ipin dan mendayung laju-laju sambil menggunakan penyapu. Maka, banyak habuk terhasil. Kemudian, Mail pun mencadangkan untuk meletakkan kapal Upin & Ipin ke dalam parit.

Kapal Upin & Ipin terapung ketika diletakkan dalam parit. Apabila Ipin hendak naik kapal dalam parit, Uncle Ah Tong ternampak. Oleh itu, Uncle Ah Tong pun menegur mereka. Selepas Uncle Ah Tong beredar, Jarjit pun memberitahu kawan-kawan bahawa kapal Upin & Ipin sudah tenggelam.

Bahagian 3[]

Upin & Ipin pun sedih sambil termenung di parit. Kemudian, Atok mengajak Upin & Ipin untuk datang ke rumah esok pagi.

Pada keesokan pagi, Upin & Ipin pun ke rumah Atok. Kemudian, Atok membawa Upin & Ipin ke sungai. Atok mengajak Upin & Ipin untuk naik sampan. Tetapi sebelum menaiki sampan, Atok memberi jaket keselamatan kepada Upin & Ipin. Selepas Atok, Upin & Ipin memakai jaket keselamatan, Atok pun mendayung sampan. Sambil itu, apabila angin terlalu kuat, kopiah Atok terbang. Kopiah Atok pun hanyut. Selepas habis naik sampan, Atok pun mengajak Upin & Ipin untuk memancing ikan pada keesokan harinya. Akan tetapi, sampan Atok terhanyut juga. Atok pun sedih.

Trivia[]

  • Ini merupakan kali pertama Tok Dalang kehilangan kopiahnya.
  • Susulan lagu 'Astronomia' ataupun lebih dikenali dengan nama 'Coffin Dance Song' sedang tular ketika episod ini sedang dihasilkan, maka lagu ini jelas didengari ketika babak Upin, Ipin, dan kawan-kawan sedang mengusung kapal ke dalam parit.

Galeri[]

Video[]

Episod_Baru_Upin_&_Ipin_Musim_14_-_Dayung_Laju-Laju

Episod Baru Upin & Ipin Musim 14 - Dayung Laju-Laju


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement