"Ehsan Pindah?" (tiga bahagian) merupakan episod ke-10, ke-11 dan ke-12 (episod ke-4 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Dalam episod ini, rumah Ehsan akan diubah suai, jadi Ehsan perlu pindah ke rumah sebelah / berdekatan dengan rumahnya yang sedang didiami bersama keluarganya.
Plot[]
Bahagian 1[]
Seluruh tadika tergempar dan sedih mendengar pengumuman Ehsan bahawa dia sekeluarga akan berpindah rumah. Cikgu Melati cuba menenangkan keadaan dengan memujuk Ehsan untuk menikmati manfaat daripada tempat baharu kelak, di samping dapat terus menghubungi kawan-kawan lama menerusi kemudahan telekomunikasi.
Bahagian 2[]
Upin, Ipin dan kawan-kawan pergi melawat rumah Ehsan dengan membawa bekalan, tetapi mendapati rumah Ehsan sudah pun sepi dan berkunci. Ini membuat mereka menyangka bahawa Ehsan sudah berpindah tanpa mengucapkan selamat tinggal dahulu (tetapi sebenarnya belum).
Bahagian 3[]
Upin, Ipin dan kawan-kawan membuat persiapan untuk parti selamat jalan buat Ehsan, tetapi setelah mendapat tahu bahawa Ehsan hendak berpindah hari ini, mereka cepat bergegas ke rumah Ehsan untuk mengucapkan selamat tinggal. Tetapi sebenarnya Ehsan hanya berpindah ke rumah sebelah kerana rumahnya hendak diubah suai.
Trivia[]
- Ini merupakan rantaian episod keempat dalam turutan siaran perdana MNCTV, tetapi episod ketiga (7, 8, 9) dalam turutan Astro Prima.