Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Bila Hujan Turun" (tiga bahagian) merupakan episod ke-28, ke-29 dan ke-30 (episod ke-10 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Dalam episod ini, Upin & Ipin main dalam hujan. Kemudian, Upin & Ipin datang bersama payung kesayangan Kak Ros kerana Kak Ros terlupa membawa payung semasa ke kedai.

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin dan Ipin bermain kapal kertas bersama kawan-kawan di tengah-tengah hujan, sehinggalah kilat menyambar menakutkan mereka untuk pulang. Setelah hujan reda, Upin dan Ipin meminta Opah untuk membelikan mereka baju hujan.

Bahagian 2[]

Upin dan Ipin bermain bola lisut bersama Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit. Upin memukul bola jauh-jauh dan terpaksa pergi mencarinya bersama Ipin. Dalam mencari bola, mereka menemui sebuah kelopak air hujan besar yang boleh digunakan sebagai kolam renang dan semua kawan-kawan pun diajak sekali.

Bahagian 3[]

Upin dan Ipin dilarang keluar bermain sebagai hukuman oleh Kak Ros kerana pulang dalam keadaan kotor dan mengotorkan baju-baju jemuran yang dipungut. Namun ketika waktu hujan, mereka keluar ke kedai runcit membawakan payung yang tertinggal kepada Kak Ros yang menunggu di sana.

Trivia[]

  • Ini ialah episod ke-10 dalam turutan MNCTV, dan episod ke-8 (22, 23, 24) dalam turutan Astro Prima.
Astro go - bila hujan turun


Galeri[]

Video[]

Upin_&_Ipin_Musim_13_-_Bila_Hujan_Turun

Upin & Ipin Musim 13 - Bila Hujan Turun

Promo Episod Bila Hujan Turun


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement