Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Kawan Baik Upin & Ipin" (tiga bahagian) merupakan episod ke-10, ke-11 dan ke-12 (episod ke-5 mengikut kiraan tajuk cerita) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Selepas pasukan Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir sebuah kejohanan, Upin, Ipin, dan kawan-kawan berusaha untuk menonton perlawanan akhir itu di stadium. Namun, mereka dilanda dilema apabila tiket yang ada sangat terhad dan mereka mahu membawa mereka. Bagaimanakah ia dapat diselesaikan dengan adil?

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin. Ipin, Mail, Ehsan, Fizi dan Jarjit sedang menonton perlawan bola di rumah Atok. Kemudian, Mei Mei & Susanti pun datang ke rumah Atok selepas perlawanan tamat. Fizi kemudian pun mencadangkan untuk menonton perlawanan akhir di stadium, barulah seronok. Ehsan pun mencadangkan agar bapanya menolong kawan-kawan untuk membeli tiket untuk ke stadium untuk perlawanan akhir.

Di sekolah, Ehsan memberitahu kawan-kawan bahawa bapanya sangat sibuk. Oleh itu, masih belum sempat membeli tiket untuk kawan-kawan. Mei Mei pun mengingatkan Ehsan untuk membeli tujuh tiket.

Di rumah, Upin & Ipin sedang mencari baju bola mereka. Setelah menyepahkan bilik mereka, Upin & Ipin masih tidak jumpa baju bola mereka. Kak Ros pun menyuruh Upin & Ipin meminta tolong daripada Ehsan untuk membeli tiket. Tetapi Upin & Ipin menolak. Maka Kak Ros pun menyuruh Upin & Ipin mencari baju bola mereka sendiri tanpa bantuan Kak Ros.

Semasa Atok sedang memberi Rembo & ayam-ayamnya makanan, Upin & Ipin sedang bermain bola di hadapan rumah Atok. Atok pun memanggil Upin & Ipin ke anjung rumah Atok.

Bahagian 2[]

Atok memberi empat tiket perlawanan akhir Liga Super Asia kepada Upin & Ipin. Atok menyuruh Upin & Ipin memberi baki tiket kepada kawan baik Upin & Ipin.

Upin & Ipin sedang bermain bola di pondok permainan. Upin pun memberitahu Ipin bahawa jangan memeritahu kawan-kawan bahawa Upin & Ipin sudah ada tiket. Upin mahu menunggu tiket yang akan Ehsan beli, tetapi Jarjit telah mendengar perkataan "stadium". Maka Jarjit pun beranggapan bahawa Upin & Ipin teleh berjaya memdapat tiket. Tetapi Upin & Ipin pun berkata "tidak ada". Kemudian, Fizi, Mail, Jarjit, Upin & Ipin pun sambung bermain bola.

Kemudian, Ehsan berlari ke arah kawan-kawan dan memberitahu kawan-kawan bahawa bapanya akan ke luar bandar. Maka bapanya tidak sempat membeli tiket. Oleh itu, Fizi, Mail dan Jarjit pun sedih.

Upin & Ipin sedang makan ABCD di gerai Uncle Muthu. Upin & Ipin pun serba salah. Upin & Ipin pun menunjukkan tiket perlawanan akhir Liga Super Asia kepada Uncle Muthu. Uncle Muthu pun ingin mengambil tiket itu daripada Upin & Ipin. Tiba-tiba Ehsan muncul dan terdengar bahawa Upin & Ipin sudah ada tiket. Maka Ehsan pun memberitahu kawan-kawan yang lain bahawa Upin & Ipin sudah ada tiket. Semua kawan-kawan pun datang ke gerai Uncle Muthu.

Bahagian 3[]

Fizi pun mencadangkan bahawa Upin & Ipin memberi baki tiket kepada Fizi dan Ehsan, ataupun Mail ataupun Jarjit. Mei Mei & Susanti tidak perlu ke stadium kerana mereka adalah perempuan. Maka Mei Mei dan Susanti pun marah pada Fizi.

Semua kawan-kawan pun ke rumah Atok kerana mahu meminta lagi tiket daripada Atok. Atok pun belanja mereka makan durian. Jarjit makan durian sampai nyaris tercekik. Fizi datang menolong Jarjit mengeluarkan biji durian. Mei Mei & Susanti memberitahu mereka mahu tiket untuk ke stadium untuk pengalaman ke stadium, bukan untuk tengok perlawanan bola. Kemudian Upin terpijak biji durian, maka Upin pun menjerit.

Semasa Atok ingin menetuk paku, Fizi, Ehsan, Mail dan Jarjit pun datang ke rumah Atok. Mereka memberitahu bahawa mereka sudah ada tiket. Upin & Ipin tidak akan pergi kerana kaki Upin bengkak.

Pada hari perlawanan, Upin, Ipin, Mei Mei, Susanti, Jarjit, Mail, Fizi dan Ehsan menonton perlawanan akhir di rumah Upin & Ipin. Atok, Uncle Muthu, Uncle Ah Tong, Cikgu Melati dan Cikgu Tiger menonton perlawanan akhir di stadium.

Galeri[]

Video[]

Upin_&_Ipin_Musim_14_-_Kawan_Baik_Upin_dan_Ipin

Upin & Ipin Musim 14 - Kawan Baik Upin dan Ipin


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement