Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Air Kolah, Air Laut" (dua bahagian) ialah cerita yang dibahagikan kepada dua episod, iaitu episod pertama dan kedua dalam musim ke-3 dalam musim ketiga siri Upin & Ipin yang diberi tajuk penuh yang baru iaitu Upin & Ipin dan Kawan-Kawan, dan juga format baru yang mendalami tema-tema "universal" yang boleh diselami sepanjang tahun selain tema Ramadan dan Aidilfitri pada dua musim yang sebelumnya.

Ringkasan[]

Bosan berdiam dalam rumah sahaja ketika hujan lebat di luar, Upin dan Ipin akhirnya mencari keseronokan dalam bilik mandi dengan bermain-main kapal di atas air kolah sambil membayangkan diri mereka selaku Hang Upin dan Hang Ipin yang menyelamatkan Puteri Mei Mei daripada tawanan Kapten Jarjit Singh si lanun di tengah-tengah laut.

Plot[]

Bahagian 1[]

Hujan lebat menyebabkan Upin & Ipin kebosanan berdiam di rumah sahaja, tetapi mereka dididk oleh Opah bahawa hujan itu rahmat dari Tuhan. Senyap-senyap, Upin & Ipin merancang sesuatu yang memerlukan imaginasi, iaitu membayangkan diri mereka merupakan dua pahlawan yang hendak menyelamatkan Puteri Mei Mei dari genggaman Jarjit si lanun.

Bahagian 2[]

Ketika Hang Upin dan Hang Ipin berlawan pantun dengan Jarjit si lanun, mereka dicelah oleh serangan Kak Ros. Rupa-rupanya mereka berdua bermain kapal kertas di bilik mandi.

Video[]

Upin_&_Ipin_-_Air_Kolah,_Air_Laut_(Bah._1)

Upin & Ipin - Air Kolah, Air Laut (Bah. 1)

Upin_&_Ipin_-_Air_Kolah,_Air_Laut_(Bah._2)

Upin & Ipin - Air Kolah, Air Laut (Bah. 2)


Tonton di RCTI+[]

Advertisement