Upin & Ipin Wiki
Advertisement


"Luar Biasa" merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Asyiela Putri, pelakon suara watak Upin dan Ipin. Ia mula dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production pada 12 November 2015 sempena Karnival Upin & Ipin 2015 dalam bentuk sing-along sebelum video muzik rasminya dimuat naik pada 6 Februari 2017. Lagu ini mengisahkan tentang perjalanan luar biasa watak dan siri animasi Upin & Ipin dalam menerajui industri animasi negara Malaysia.

Lagu ini mendapat suntikan baharu apabila versi remix dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque pada 10 Julai 2020.

Lirik[]

Na na na na na na na na
Na na na na na na na na

Di dalam kampung bernama Durian Runtuh
Ada dua budak kembar
Berbaju biru, berbaju kuning
Mereka sentiasa bersama

[Chorus]
Luar biasa oh oh oh!
Upin dan Ipin
Keajaiban bermula hanya di sini
Oh! Upin dan Ipin marilah kita
Bermain dan bergembira bersama mereka

Na na na na na na na na

Susah dan senang mereka berdua
Selalu bersama ke mana-mana
Comel dan kecil, bijak berani
Semua orang suka

[Chorus]

Kiri kanan (3x)
Tepuk tangan
Kiri kanan (3x)
Tepuk tangan
Kiri kanan (2x)
1, 2, 3, 4

[Chorus]

Keajaiban bermula
Upin Ipin luar biasa (luar biasa) (2x)
Upin dan Ipin
Luar biasa~

Trivia[]

  • Lagu ini juga turut dijadikan lagu tema bagi siri Upin & Ipin menggantikan lagu Sahabat Selamanya yang digunakan selama empat musim dari musim kelima hingga kelapan, manakala lagu Gembira Bermain hanya berperanan sebagai lagu pembukaan dan lagu penutup siri.
  • Tajuk lagu ini turut dijadikan tema rasmi Upin & Ipin bermula musim kesebelas dengan tanda pagar #UpinIpinLuarBiasa digunakan.
  • Versi remix bagi lagu ini dihasilkan semula selepas saluran YouTube Les' Copaque berjaya meraih Diamond Play Button.

Video[]

Advertisement