Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Barang Baik Barang Kita!"
— Slogan kata bagi episod ini


"Barang Baik, Barang Kita" (tiga bahagian) merupakan episod ke-22, ke-23 dan ke-24 (episod ke-9 mengikut kiraan tajuk cerita) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Di Malaysia, pelbagai barangan telah dihasilkan dan mula mendapat tempat di mata dunia. Ini menarik minat Ros untuk mengetahui lebih lagi tentang barang buatan Malaysia. Dalam masa yang sama, sebuah bazar barang buatan Malaysia sedang dianjurkan. Ini memudahkan lagi Ros untuk menyelesaikan tugasannya.

Plot[]

Malam di rumah Opah sangat santai bagi Upin, Ipin, dan Opah di mana dua budak kembar itu sedang ceria mengurut kaki Opah. Namun, Ros nampak begitu tertekan apabila dia tidak tahu pun apa yang perlu dibuat dengan tugasan yang diberikan. Kelakuan Ros itu mengundang pertanyaan Opah dan Ipin pun menjawab bahawa berkemungkinan kakaknya tidak siap kerja sekolah. Opah juga bertanya sama ada mereka sudah menyiapkan kerja sekolah dan dibalas dengan yakin oleh Upin.

Skrin di televisyen kemudiannya memaparkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Iklan tersebut menarik minat Ros dan terus meluru berhampiran Opah. Dia kemudiannya menyatakan hasrat untuk pergi ke bazar tersebut, disambut oleh Upin dan Ipin. Ros membenarkan mereka berdua mengikutinya dengan bersyarat. Opah kemudiannya menerangkan tentang adanya juga bazar jualan barangan Malaysia di pekan. Ros pun menyatakan bahawa dia boleh ke sana untuk melihat barangan buatan Malaysia. Namun, dia disindir oleh Opah kerana selama ini, dia tidak kisah langsung pun tentang barangan Malaysia. Ros kemudiannya membalas dengan mengatakan bahawa dia mula menyedari barang buatan Malaysia dan bercakap ala pidato mengenai kepentingan membeli barang buatan Malaysia. Opah mempersetujui kata-kata Ros, namun tidak dipastikan bagaimana Ros akan melaksanakan tugasan tersebut. Ros pun menerangkan bahawa sebenarnya dia sedang menyiapkan buku skrap bertajuk 'Negaraku Gemilang' untuk kerja sekolahnya. Dia mahu menceritakan tentang barangan buatan Malaysia dan sambil itu juga, mahu membeli barangan buatan Malaysia. Dia juga memberikan tugasan kepada Upin dan Ipin. Mereka bersetuju sehingga terlupa untuk menyambung mengurut kaki Opah.

Keesokan hari, Ros sudah menunggu di luar dan memanggil Upin dan Ipin. Mereka berdua kemudiannya keluar dengan penuh bergaya bagai pertunjukan fesyen dan dipuji Ros. Sebelum mereka bertolak, Opah meminta Ros untuk membelikan minyak gamat yang dibeli di Langkawi sambil menjelaskan kualitinya. Mereka bertiga pun bertolak.

Di gerai Muthu, Tok Dalang sedang membaca surat khabar sebelum Salleh datang dan merendahkan Tok Dalang, mengatakan bahawa orang kini hanya membaca berita menerusi telefon bimbit. Tok Dalang kemudiannya membalas dengan menyatakan kepuasan membaca berita di surat khabar berbanding dengan telefon bimbit dan menuntut sokongan kepada barangan buatan Malaysia. Muthu pun datang dengan menyokong Tok Dalang dengan memberikan contoh seperti kopinya itu. Tok Dalang juga memberitahu bahawa kopiahnya buatan Terengganu, sebelum menyindir kembali Salleh. Salleh walau bagaimanapun membalas dengan memberitahu bahawa seluarnya adalah dari kain tenun Pahang, sebelum dipuji oleh Tok Dalang dan Muthu.

Kemudian, lori Ah Tong berhenti di gerai Muthu. Ah Tong baru sahaja pulang dari Bazar Jualan Barangan Malaysia. Ah Tong baru sahaja membeli selori perabot buatan Johor. Kemudian, Muthu mengajak Tok Dalang untuk pergi ke bazar tersebut. Tok Dalang pun setuju.

Apabila Kak Ros, Upin & Ipin tiba dia bazar tersebut, Kak Ros teruja kerana inilah kali pertama Kak Ros lihat peniaga menggunakan trak untuk berniaga di bazar. Kemudian, Upin & Ipin berlari untuk berjumpa dengan Mei Mei & Susanti. Mei Mei & Susanti sedang melihat gelang buatan Sabah. Mei Mei & Susanti pun membeli gelang persahabatan. Kemudian, Upin & Ipin pun berjenaka untuk ingin memiliki gelang persahabatan juga. Mei Mei pun membalas bahawa lelaki tidak memakai gelang. Kemudian, mereka terdengar suara Mail.

Mail sedang menolong abangnya untuk menjual keropok rumpai laut. Kemudian Izham (abang Mail) pun menjemput Mei Mei, Susanti, Upin & Ipin untuk merasa keropok rumpai laut. Mail pun menyatakan bahawa abangnya jarang balik ke kampung kerana belajar di universiti. Kemudian, Kak Ros pun datang menyapa Izham. Dia turut menceritakan peranannya dalam menggiatkan lagi industri barangan tempatan di mata dunia.

Kemudian, Sufian pun bercakap dengan kuat bahawa barang buatan Malaysia tidak ada kelas, mengakibatkan berlakunya perdebatan antara dia dengan Izham. Kemudian, Izham pun memberitahu bahawa keropok rumpai laut dieksport ke beberapa buah negara Korea Selatan dan Jepun. Mei Mei, Susanti, Upin & Ipin pun mencuba keropok rumpai laut tersebut. Ternyata, Mei Mei, Susanti, mereka amat menyukai keropok tersebut. Kemudian, Izham juga memberitahu bahawa bakul rotan dieksport ke Itali dan Kanada. Walaupun begitu, hujah Izham masih tidak meyakinkan Sufian dan dia memberitahu bahawa dia tidak menyokong barang buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia tidak menarik. Kemudian, Ipin menyanggah kata-kata Sufian apabila memberitahu bahawa jam tangan & selipar yang dipakai oleh Sufian adalah barang buatan Malaysia. Dia pun terkejut. Kemudian, Sufian pun menyedari bahawa jenama kesukaannya sebenarnya adalah barang buatan Malaysia. Kemudian, Suian pun memborong kesemua barang jenama kesukaannya dari bazar tersebut.

Selepas itu, Mei Mei, Susanti, Kak Ros, Upin & Ipin teruja dengan teknologi AR yang ada di bazar tersebut. Kemudian Mei Mei dan Susanti pun berpisah dengan Upin & Ipin kerana ibu Mei Mei telah memanggil Mei Mei & Susanti untuk pergi bersama ibu Mei Mei. Oleh itu, Kak Ros, Upin, dan Ipin pun ke trak AR tersebut. AR tersebut menampilkan Dato Sri Alaxander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Maka, berlakulah sebuah dialog maya antara Dato Sri Alaxender Nanta dengan pengunjung yang hadir. Ketika dibukakan soalan, Kak Ros segera bertanya kepada Dato Sri Alaxender Nanta mengenai cara mengenal pasti jenama buatan Malaysia. Beliau pun menjawab soalan itu, sambil menerangkan komitmen beliau dan KPDNHEP dalam memartabatkan barang buatan Malaysia. Ipin bersetuju, namun sempat dipotong oleh beliau sebelum dialog maya AR berakhir. Sejurus berakhirnya dialog itu, penganjur segera bertanya dua soalan kepada Upin dan Ipin. Mereka berdua kemudiannya berjaya memenangi baucar beli belah sebanyak RM 1,000.00 dari trak AR tersebut.

Selepas itu, Kak Ros, Upin & Ipin ke pameran kereta. Tok Dalang & Uncle Muthu juga sedang berada di dalam sebuah kereta. Tok Dalang & Uncle Muthu juga membeli alat pengurut dari bazar tersebut.

Setibanya di rumah, Kak Ros, Upin & Ipin pun menunjukkan kepada Opah kesemua barang-barang yang dibeli oleh mereka menggunakan baucar yang Upin & Ipin telah menang dari trak AR tadi. Upin & Ipin pun memberi Opah untuk mencuba mesin urut kaki elektronik. Opah amat menyukai mesin tersebut dan menyatakan yang barang buatan Malaysia sememangnya baik dan berkualiti. Namun kata-kata Opah itu disalahertikan oleh Upin dan Ipin, yang menyatakan bahawa mereka merupakan budak baik kerana berasal dari Malaysia. Opah dan Kak Ros pada mulanya terkejut, namun akhirnya tertawa bersama.

Trivia[]

  • Penampilan sulung abang Mail yang bernama Izham. Abang Mail menjual keropok rumpai laut di Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia. Mail turut membantu abangnya di ekspo itu.
    • Juga, setelah enam musim mengundurkan diri dari bidang lakonan suara, episod ini menyaksikan kembalinya Muhammad Hasrul Isa, pelakon suara watak Mail yang pertama menjadi pelakon suara dalam siri Upin & Ipin. Kali ini, beliau diamanahkan untuk menyuarakan watak Izham.
  • Episod ini dihasilkan sempena Kempen Beli Barangan Malaysia yang dianjurkan sepanjang tahun 2020.
  • Episod ini juga sempena penajaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk siri Upin & Ipin.
  • Episod ini turut menampilkan Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga merupakan:
    • Karakter/figura pertama yang berasal dari Malaysia Timur.
    • Karakter/figura pertama yang berasal dari Sarawak.
    • Menteri Kerajaan Malaysia yang sedang berkhidmat pertama muncul dalam siri.
  • Proses penganimasian dan rakaman suara bagi Dato Sri Alexander Nanta dijalankan sewaktu lawatan beliau bersama kepimpinan KPDNHEP ke Les' Copaque Production.
  • Episod ini merupakan satu-satunya episod musim 14 di mana tiada tayangan perdana di saluran televisyen apabila pihak produksi mengumumkan bahawa episod ini akan terus dimuat naik ke saluran YouTube Les' Copaque tanpa siaran di MNCTV.
  • Episod ini mempunyai persamaan dengan episod Beli, Pakai, Suka, musim ketujuh. Antaranya ialah:
    • Dua episod ini berkisar tentang barangan buatan Malaysia.
    • Watak dalam siri berkunjung ke suatu lokasi di mana hanya barangan buatan Malaysia dijual.
    • Watak dalam siri membeli barang buatan Malaysia.
  • Sebelum episod ini, pihak produksi telah memuat naik dua buah iklan mengenai barangan buatan Malaysia dan disiarkan di saluran televisyen seperti TV1 dan TV3.

Video[]

Lihat lagi[]

Advertisement