Upin & Ipin Wiki
Register
Advertisement


"Buku Nota Jarjit" (tiga bahagian) merupakan episod ke-34, ke-35 dan ke-36 (episod ke-13 mengikut kiraan 30 minit) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Jarjit berasa sedih apabila buku nota kesayangannya hilang, mengakibatkan dia tidak boleh berpantun lagi. Maka, Detektif Upin dan Ipin perlu menyelesaikan kes ini, dengan bantuan detektif baru yang lain. Adakah buku nota itu berjaya dijumpai, atau sebaliknya? Jawapannya terletak di tangan enam orang detektif yang cuba menyelesaikan kes ini.

Plot[]

Bahagian 1[]

Sebelum kelas bermula, Jarjit sempat memberikan beberapa pantun teka-teki. Pada mulanya, mereka berjaya menjawab, namun di akhirnya, semua buntu mencari jawapan. Kemudian, Cikgu Melati pun datang dan mereka pun meneruskan sesi pembelajaran dengan aktiviti melukis dan mewarna. Selesai kelas, mereka bercadang untuk menyambung menyiapkan tugasan di pondok pada waktu petang.

Di pondok, mereka semua kecuali Mail yang mencari jawapan pantun Jarjit tadi sedang menyiapkan tugasan yang diberikan. Namun, yang menjadi kehairanan ialah, Jarjit tidak muncul-muncul. Rupanya, dia sedang bersembunyi dan berasa sedih kerana tidak dapat berpantun lagi gara-gara buku notanya hilang. Mujurlah, Upin dan Ipin bertindak memujuk Jarjit dan bertukar menjadi Detektif Upin dan Ipin. Penyiasatan pun bermula.

Bahagian 2[]

Proses penyiasatan dimulakan. Walau bagaimanapun, penyiasatan mereka terganggu kerana yang lain turut mencelah, menyebabkan Detektif Upin bertindak tegas dan mereka semua terdiam. Pada mulanya, mereka mengesyaki yang buku nota Jarjit tertinggal di sekolah, namun dinafikan oleh Mail yang membuktikan bahawa buku tersebut dibawa bersama Jarjit ketika mereka singgah makan di Warung Muthu. Dia juga mengimbas kembali ketika mereka sedang makan dan Jarjit memberikan pantun teka-teki kepadanya dan Uncle Muthu. Walau bagaimanapun, cerita terhenti apabila mereka meninggalkan warung tersebut. Namun akhirnya Detektif Upin dan Ipin menemui jalan buntu apabila tiada seorang pun antara mereka berempat yang dapat mengesahkan kejadian itu. Melihat keadaan tersebut, Ehsan dan Fizi kemudiannya bersedia untuk membantu dalam menyiasat kes tersebut dan mengesyaki Muthu sebagai suspek utama. Mereka berdua pun segera bertukar kepada Detektif Ehsan dan Fizi.

Melihat keadaan itu, Detektif Upin dan Ipin mempertikaikan tindakan Detektif Ehsan dan Fizi yang mahu masuk campur dalam urusan kes. Mereka bahkan menuduh Detektif Ehsan dan Fizi yang cuba untuk mengganggu tugasan, mengakibatkan berlakunya perbalahan antara empat orang detektif tersebut. Di tengah itu, Mei Mei dan Susanti berjaya menyiapkan tugasan, dan mahu berehat. Namun, Susanti bertanya akan di mana makanan ringan yang Jarjit beli. Soalan itu membuka kepada klu seterusnya di mana Jarjit teringat yang dia pergi ke kedai runcit. Mei Mei dan Susanti juga bersama Jarjit dan menceritakan kepada empat detektif itu tentang kejadian yang berlaku di kedai runcit. Mereka kemudiannya mengeluarkan Muthu dari senarai suspek, dan menjadikan Izham sebagai suspek utama seterusnya. Mereka pun pergi ke kedai runcit.

Di kedai runcit, Detektif Upin dan Ipin, Detektif Ehsan dan Fizi, Jarjit, Mei Mei, dan Susanti tiba dan terus menjalankan penyiasatan. Ketika itulah, Izham muncul dan cuba membantu siasatan. Izham juga menyatakan bahawa ada barang yang Jarjit tertinggal di sana.

Bahagian 3[]

Semua berharap agar buku nota itu yang tertinggal, namun sebaliknya hanya makanan ringan sahaja tanpa buku nota yang muncul.

Detektif Upin dan

Detektif Upin & Ipin mula beraksi!!

Di luar kedai, Detektif Upin dan Ipin, Detektif Ehsan dan Fizi, dan Jarjit terduduk suram kerana gagal mencari klu dan buku nota itu. Melihat keadaan kes yang semakin menemui jalan buntu itu, Mei Mei dan Susanti juga bersedia untuk membantu menyelesaikan kes, dan bertukar juga kepada Detektif Mei Mei dan Susanti. Keempat-empat detektif dan Jarjit kehairanan melihat keadaan itu, memandangkan kini terdapat enam orang detektif dalam satu kes yang sama. Izham kemudiannya keluar dan memberikan serangkap pantun kepada mereka bertujuh. Dalam suasana itu, Detektif Fizi cuba untuk meminta jawapan namun ditolak Jarjit. Izham kemudiannya mendapat tahu yang buku nota Jarjit telah hilang, namun Detektif Mei Mei meletakkannya sebagai suspek utama.

Izham kemudiannya disoal siasat. Detektif Mei Mei dan Susanti kemudiannya memulakan soal siasat dengan bertanya sama ada Izham penah melihat buku nota Jarjit. Izham menjawab ya, dan Detektif Upin dan Ipin menyambung dengan bertanya akan keberadaan buku tersebut. Detektif Mei Mei dan Susanti kemudiannya meminta kepada mereka agar tidak mengganggu sesi soal siasat, namun Detektif Ehsan dan Fizi juga muncul. Detektif Susanti kemudiannya cuba untuk menghalang mereka masuk campur, namun gagal. Maka, satu lagi perbalahan tercetus antara detektif-detektif tersebut di hadapan Izham. Saat enam orang detektif itu berperang mulut sesama mereka, dia berjaya mengingati satu perkara dan meleraikan pertelingkahan yang berlaku bagi membolehkan dia memberitahu jawapan. Pergaduhan terhenti dan semua detektif kembali bertumpu kepada Izham. Dia kemudiannya menceritakan apa sebenarnya yang terjadi ketika itu. Para detektif itu kemudiannya terus menyoal siasat Izham dan Jarjit. Awalnya, mereka sekali lagi buntu, namun Izham menjelaskan bahawa buku itu sebenarnya tidak hilang melainkan ia tersimpan di dalam beg Jarjit memandangkan dialah yang meletakkan kembali buku itu ke dalam beg.

Di sekolah, mereka semua sedang berbincang mengenai kerja sekolah sebelum Jarjit memberitahu mereka yang buku notanya sudah dijumpai dengan menceritakan bagaimana dia menemui buku tersebut. Ehsan kemudiannya meluahkan rasa seronok kerana dapat menjadi detektif dan menyelesaikan kes serta berharap agar dapat menyertainya lagi. Akhirnya, Detektif Upin, Detektif Ipin, Detektif Ehsan, Detektif Fizi, Detektif Mei Mei, dan Detektif Susanti mengisytiharkan yang kes kehilangan buku nota Jarjit sudah berjaya diselesaikan.

Cikgu Melati kemudiannya masuk ke kelas dan semuanya berjalan lancar sehingga Mei Mei memaklumkan yang kerja sekolahnya sudah diselesaikan.

Trivia[]

  • Ini merupakan episod kesembilan yang menampilkan Detektif Upin & Ipin.
# Tajuk Cerita Musim No.
1 Jejak Rembo Musim ke-3
2 Kisah Raja Pemburu Musim ke-4
3 Hari Misteri Musim ke-6
4 Barang Silam Musim ke-7
5 Cuai, Cuai, Cuai Musim ke-8
6 Siapa Yang Ambil? Musim ke-9
7 Mana Rembo? Musim ke-12
8 Kain Perca Musim ke-12
  • Bukan itu sahaja, malahan hampir kesemua kawan-kawan Upin dan Ipin kecuali Mail dan Jarjit terlibat dan tampil sebagai detektif buat kali pertama dalam episod ini.
  • Babak ketika Upin, Ipin, dan kawan-kawan sedang mewarna ketika kelas diilhamkan daripada intro siri pada musim keempat.
  • Ketika Detektif Mei Mei dan Detektif Susanti menyoal siasat Izham, kesemua detektif berada di Pejabat Detektif Upin dan Ipin yang diubah suai.
  • Episod ini mempunyai persamaan dengan episod Kisah Raja Pemburu, musim keempat. Antara persamaan tersebut ialah:
    • Penglibatan Detektif Upin dan Ipin dalam menyelesaikan kes.
    • Jarjit memohon bantuan Upin dan Ipin untuk menyelesaikan kes mengenai barang yang hilang.
    • Barang yang mana Jarjit kehilangan itu merupakan sebuah buku.

Galeri[]

Video[]

Upin_&_Ipin_Musim_14_-_Buku_Nota_Jarjit

Upin & Ipin Musim 14 - Buku Nota Jarjit


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement