Fathiah adalah bekas pelajar di Tadika Mesra. Dia duduk di sebelah Nurul dan hampir tidak pernah bercakap. Dia memakai cekak kepala berwarna merah. Sekarang, kedudukannya telah diganti oleh Susanti.
Nama Fathiah dinamai sempena pengisi suara pertama Upin dan Ipin, Nur Fathiah Diaz.
Trivia[]
- Fathiah merupakan watak ketiga yang disuarakan oleh Fathiah sendiri selepas Upin dan Ipin.
- Dia merupakan watak terakhir yang disuarakan Fathiah sebelum pengundurannya dari Les' Copaque pada tahun 2009.
- Dia juga merupakan satu-satunya watak yang mana Fathiah tidak menyuarakan watak sebagai watak protagonis dalam siri Upin & Ipin (pertama dari dua watak sepanjang karier Fathiah sebagai pelakon suara, yang kedua ialah BoBoiBot dalam siri BoBoiBoy).
- Dia juga merupakan satu-satunya watak perempuan yang disuarakan oleh Fathiah.
- Walaupun dia tidak pernah bercakap sepanjang siri, namun dia bercakap dalam siri Pesanan Khidmat Masyarakat Ingat!.
- Menurut dalam surat peminat, dia berpindah dari Tadika Mesra kerana atas urusan keluarga.
- Terdapat beberapa teori yang mengaitkan punca watak Fathiah menghilang. Antaranya termasuklah dia menghilang pada waktu yang sama pengisi suaranya mengundurkan diri. Namun teori ini kurang tepat kerana watak ditiadakan bermula episod Berpuasa Bersama Kawan Baru yang bersiaran pada 24 September 2009 sedangkan episod terakhir Fathiah bersama Upin & Ipin ialah Kembara ke Pulau Harta Karun yang bersiaran pada 29 dan 30 Disember 2009.
Watak-watak |
---|
Upin | Ipin | Ros | Opah | Tok Dalang | Mei Mei | Jarjit | Ehsan | Fizi | Mail | Susanti | Dzul | Ijat | Devi | Jasmin | Muthu | Salleh | Rembo | Ah Tong | Sapy | Apin | Rajoo | Oopet | Pak Mail | Singh | Nurul | Nurul binti Ahmad | Tiger | Melati | Hamzah | Azzarudin | Roy | Izham |