"Filem Upin & Ipin" (tiga bahagian) merupakan episod ke-4, ke-5 dan ke-6 (episod ke-2 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-14 daripada siri Upin & Ipin.
Plot[]
Bahagian 1[]
Ehsan menunjukkan vlognya melalui video Diari Ehsan ke panggung wayang kepada Upin, Ipin, Fizi dan Mail di pondok. Ehsan menceritakan bahawa pengalamannya ke panggung wayang sangat menyeronokkan. Ehsan makan bertih jagung dan minum air di dalam panggung wayang. Ehsan telah menonton filem Dongeng Sang Kancil bersama ayahnya. Ehsan memberitahu bahawa dia tidak boleh merakam video semasa filem sedang ditayang di dalam panggung wayang. Fizi, Upin & Ipin memberitahu bahawa mereka tidak pernah menonton wayang di panggung wayang. Mail pula memberitahu bahawa menonton wayang di panggung wayang adalah sama seperti menonton TV di rumah. Ehsan pula mencela bahawa gambar di panggung wayang lebih besar berbanding TV di rumah. Bunyi di panggung wayang juga sangat kuat dan bergegar-gegar. Upin & Ipin pun berlari pulang ke rumah meninggalkan Mail, Fizi dan Ehsan di pondok tanpa bermain bola.
Upin dan Ipin pun pulang ke rumah untuk menyuruh Kak Ros membawa mereka ke panggung wayang. Pada masa yang sama, Kak Ros sedang khyusuk menonton cerita hero SAHAB di TV. Kak Ros melihat Upin & Ipin pulang awal, 5.40pm, Khamis, 12 Feb. Upin & Ipin ingin ke panggung wayang untuk menonton filem Dongeng Sang Kancil. Mereka pun meminta kebenaran dari Opah untuk ke panggung wayang. Kak Ros pun ingin menonton filem tersebut pada hari besok. Maka Kak Ros pun berjanji untuk membawa Upin & Ipin bersama untuk menonton filem Dongeng Sang Kancil di bandar.
Bahagian 2[]
Setelah Upin dan Ipin bersiap sedia untuk pergi ke panggung wayang bersama Kak Ros, Kak Ros demam. Maka Upin & Ipin tidak dapat pergi ke panggung wayang. Upin & Ipin pun menyuruh Opah pula yang membawa mereka ke panggung wayang, tetapi Opah menolak. Upin & Ipin pun sedih.
Di sekolah, Ehsan bercerita tentang filem yang ditonton di panggung wayang kepada kawan-kawan. Fizi pun mencadangkan agar mereka ke panggung wayang bersama-sama. Ehsan tentulah gembira tetapi mengingatkan kawan-kawan untuk membayar tiket wayang sendiri. Mail menolak kerana perlu membantu ibunya di gerai. Fizi pula sedih kerana tidak ada wang untuk membeli tiket wayang. Upin & Ipin pun mengajak Fizi bersama untuk ke panggung wayang agar Kak Ros boleh menaja tiket wayang Fizi. Ehsan pun ingin ikut bersama dengan menawarkan diri untuk menaja air dan bertih jagung.
Tetapi Kak Ros membantah kerana untuk ke bandar pada hari ini, mereka perlu menaiki bas selama satu jam. Oleh itu, mereka tidak boleh ke bandar pada hari ini. Mereka hanya boleh ke bandar pada hari minggu (Ahad). Maka Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan pun kecewa sambil berehat di tangga anjung rumah Upin & Ipin.
Pada masa yang sama, Rembo telah membawa lari sekumpulan kunci milik Atok. Atok pun menyuruh Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan untuk mengejar Rembo.
Apabila Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan berjaya menangkap Rembo, mereka membawa Rembo kembali kepada Atok. Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan pun memberitahu Atok mereka kecewa kerana mereka tidak dapat menonton wayang di panggung wayang. Maka Atok pun menceritakan bahawa dulu-dulu orang kampung menonton wayang pacak di padang bola. Atok juga menceritakan pengalaman orang kampung semasa menonton wayang pacak di padang bola selepas hujan turun sehingga digigit nyamuk.
Kemudian, Atok pun mengeluarkan projektor lamanya. Atok pun memasang projektor lamanya agar Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan dapat menonton wayang pacak. Tiba-tiba projektor itu rosak.
Bahagian 3[]
Maka mereka pun membawa projektor itu kepada Uncle Ah Tong. Uncle Ah Tong memberitahu bahawa projektor itu sudah rosak teruk dan tidak boleh dibaiki lagi. Atok pun sedih. Upin, Ipin, Fizi dan Ehsan juga sedih kerana tidak dapat menonton wayang pacak.
Upin & Ipin dapat memegang alat kawalan jauh TV. Maka Upin & Ipin pun dapat menonton cerita pilihan mereka di TV. Kemudian, Upin & Ipin pun masuk ke bilik Kak Ros yang gelap untuk mencari Kak Ros. Mereka mendapati Kak Ros sedang menonton cerita hero SAHAB melalui projektor LED di biliknya seperti di panggung wayang. Upin & Ipin pun mencadangkan kepada Kak Ros untuk membuat wayang pacak di kampung mereka menggunakan projektor LED milik Kak Ros. Kak Ros pun setuju.
Upin & Ipin pun membawa projektor LED milik Kak Ros ke rumah Atok. Upin, Ipin dan kawan-kawan pun menyediakan wayang pacak di halaman rumah Atok. Mereka akan menghasilkan filem sendiri dengan bantuan Atok. Ehsan menjadi juru kamera. Jarjit menjadi penjaga pakaian. Mail menjadi pengarah filem. Fizi menjadi juru solek. Manakala Upin, Ipin, Susanti dan Mei Mei menjadi pelakon.
Tibanya waktu tayangan, Mail penjadi pengutip duit tiket wayang. Jarjit pula menghalang para penonton untuk mengambil video. Semua penduduk kampung datang menonton wayang pacak di halaman rumah Atok. Setelah tamat tayangan filem Si Kembar Upin & Ipin, Mail pun mencadangkan bahawa filem seterusnya haruslah bertemakan Mail Usahawan Beribawa.
Trivia[]
- Dalam episod ini, media sosial milik Ehsan (DIARIEHSAN), (EHSANOFFICIAL) & (INTANPAYUNG)
- Dalam episod Mulanya Ramadhan, media sosial milik Ehsan adalah (resipiehsan)
- Di telefon Kak Ros, 12 Feb adalah hari Khamis. Besar kemungkinan adalah 12 Feb 2015.
- Baju yang Upin & Ipin pakai untuk ke panggung wayang adalah baju dari Al-Kisah Hari Raya.
- Di episod Taman Riang Ria, Kak Ros juga demam. Maka Upin & Ipin tidak dapat ke funfair.
- Filem yang ingin ditonton oleh Upin, Ipin, dan Kak Ros ialah Dongeng Sang Kancil. Tajuk filem itu sebenarnya merupakan salah satu filem sebenar yang sedang dalam proses penghasilan oleh pihak Les' Copaque dan akan menjadi filem pertama dari franchise Pada Zaman Dahulu, sepertimana yang dimaklumkan oleh Pengarah Kreatif syarikat iaitu Ahmad Razuri Roseli.
Galeri[]
Video[]
Tonton di RCTI+[]
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/12369/film-upin-dan-ipin-bagian-1
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/12370/film-upin-dan-ipin-bagian-2
- https://www.rctiplus.com/programs/540/upin-ipin/episode/12371/film-upin-dan-ipin-bagian-3
Lihat lagi[]
- https://www.facebook.com/upinipinofficial/videos/265352207876086/
- https://www.facebook.com/MnctvOfficial/videos/2477665452546125/
- https://www.facebook.com/MnctvOfficial/videos/739272430148725/
- https://www.instagram.com/p/CAO0f9LBIg1/?hl=en
- https://www.instagram.com/p/CAO402Zg_RM/?hl=en
- https://www.instagram.com/p/CAPH_V0AWgf/?hl=en