FANDOM



Ustaz Hamzah ialah ustaz yang mengajar mengaji al-Quran kepada kanak-kanak di masjid Kampung Durian Runtuh.

Perwatakan

Hamzah boleh diperikan sebagai seorang jejaka yang segak dan mementingkan kekemasan diri dan rumah, apatah lagi mudah beramah mesra dengan anak-anak didiknya. Dia merupakan kawan akrab kepada tauke kedai runcit. Dia juga seorang penggemar kartun Sarjan Husin 3000 yang menjadi ikutan Upin, Ipin dan kawan-kawan.