"Hasil Tempatan" (tiga bahagian) merupakan episod ke-31, ke-32 dan ke-33 dalam musim ke-8 daripada siri Upin & Ipin. Episod yang bertemakan hasil tani tempatan ini diterbitkan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Plot[]
Bahagian 1[]
Opah kepenatan pulang dari pasar tani lalu duduk berehat di atas kerusi. Tiba-tiba sahaja dia disambut dengan teriakan lantang Upin dan Ipin. Opah memesan mereka supaya memperlahankan suara. Sejurus kemudian Upin dan Ipin pergi mencari aiskrim di dalam beg beli-belah, tetapi di dalam hanya ada buah-buahan. Maka mereka berbisik-bisik menanya Opah di mana aiskrim. Opah meminta mereka menguatkan suara. Upin dan Ipin geram kerana tadi Opah suruh mereka perlahankan suara. Jelas Opah, bukan sampai berbisik.
Maka mereka menanya Opah betul-betul mengenai aiskrim perisa mangga (untuk Upin) dan aiskrim perisa pisang (untuk Ipin) yang dijanjikan. Opah mengaku bahawa dia termakan habis kedua-dua aiskrim yang dibelikan. Maka Upin dan Ipin pun sedih dan kesal akan kelalaian Opah mereka. Untuk mengubati hati mereka, Opah memberi mereka wang untuk membeli aiskrim.
Tetapi tidak sempat wang bertukar tangan, Upin dan Ipin dikejutkan oleh sergahan Kak Ros yang menawarkan sebiji mangga dan sebiji pisang kepada mereka dari beg belian Opah. Pesan Upin dan Ipin, mereka mahu aiskrim, bukan buah. Ros membalas keluhan mereka dengan suara garang menyuruh mereka membawa buah-buahan dan mengikutnya ke dapur, sementara Opah menarik nafas lega kerana dapat berjimat.
Di bilik dapur, Ros perlahan-lahan mengeluarkan buah-buahan dari beg ke dalam bakul sambil diperhatikan oleh adik-adiknya dengan penuh minat. Setiap kali Ros mengeluarkan sejenis buah, Ipin teruja menyambut kerana suka akan buah itu, tak kira manggis, ciku, langsat mahupun mata kucing. Upin menanya Ipin apa pula yang tidak disukainya; jawabnya dengan selamba, kayu dengan batu!
Ros mengeluarkan pula sebiji buah merah berduri yang aneh. Upin dan Ipin bertanya apakah itu. Opah yang baru masuk dapur menjawab, itu buah naga. Maka Upin dan Ipin memerhatikan buah naga sambil berangan-angankan naga. Apapun, Upin berkata tidak pernah melihat buah naga. Ujar Opah, dia sendiri tidak pernah membelinya, tetapi itu buah kegemaran Ros. Upin dan Ipin meminta untuk merasa buah naga, tetapi Ros meminta mereka supaya bersabar.
Ipin mahu bertanyakan sesuatu kepada Opah, tetapi diganggu berkali-kali oleh bunyi blender yang digunakan oleh Ros. Sungguh jengkel dibuatnya hingga dia sekali melantangkan suara "Rambutan tak ada?!", tetapi blender senyap pula gara-gara usikan Ros, membuat Upin malu atas tindakannya. Jawab Opah, rambutan ada dengan Tok Dalang kerana pokok rambutannya berbuah lebat.
Upin bertanya pula adakah strawberi dan anggur.Jawab Opah, tiada kerana dia hanya membeli buah-buahan tempatan. Ros menghidangkan jus perahan buah naga kepada adik-adiknya. Sekali minum, mereka terasa khusyuk dengan nikmat. Pesan Opah, itulah sebab dia gemar membeli buah-buahan tempatan yang sedap dan berkhasiat. Upin dan Ipin melihat Kak Ros bersiap dengan papan tukik, kendi dan bekas kiub ais, lalu bertanya. Tengok sajalah, pesan Kak Ros sementara dia menghiris pisang dan mangga, memasukkan potongan buah itu ke dalam bekas kiub ais dan memasukkan bekas itu ke dalam peti sejuk beku.
Setelah berlalunya sepusing siang dan malam, Kak Ros dengan gembira menghidangi adik-adiknya aiskrim potong perisa pisang yang dibuatnya semalam!
Bahagian 2[]
Upin dan Ipin keluar dari rumah dengan membawa bekalan buah-buahan untuk diberikan kepada Tok Dalang sambil memakan aiskrim potong yang baru dibuatkan oleh Kak Ros. Akan tetapi Ipin tercicir aiskrimnya maka dia menjadi gundah.
Munculnya Ehsan dengan Fizi berlumba-lumba, apalagi Ehsan yang tertarik oleh aiskrim Upin lalu bertanya dari mana dibelinya. Upin menjelaskan bahawa aiskrimnya tiada dijual tetapi dibuat oleh kakaknya dengan buah-buahan yang dibeli. Datang pula Mail menaiki basikal (dengan suara baru), hendak menjaja aiskrim buah-buahan. Sayangnya Ehsan dan Fizi tiada duit. Pada masa yang sama Tok Dalang sedang keluar dari rumahnya, maka Upin dan Ipin mendapat akal.
Jadinya, Tok Dalang membelanja Upin, Ipin, Ehsan, Fizi dan juga Mail aiskrim, hingga dompetnya pun kering. Apapun, Tok Dalang memuji mereka berlima kerana memilih buah-buahan tempatan yang berkhasiat. Ujarnya, nenas bagus untuk membina tulang sihat, betik baik untuk pencernaan makanan dan jantung. Maka dia disampuk oleh ulasan Upin bahawa Tok Dalang umpama doktor.
Kemudian Tok Dalang menyelongkar beg buah-buahan yang dibawa oleh Upin dan Ipin. Dia gembira melihat ciku, langsat dan manggis. Ehsan meminta adakah rambutan; Ipin menunjukkan pokok rambutan Tok Dalang dan meminta Tok Dalang untuk mengambilkan mereka.
Setelah penat memetik buah rambutan, Tok Dalang mengipas diri dengan kopiahnya sementara budak berlima menikmati rambutan. Upin mengajak Tok Dalang makan manggis, tetapi Tok Dalang kata sudah puas. Malah Tok Dalang memesan supaya makan buah rambutan banyak-banyak kerana ia dapat mencegah jangkitan penyakit dan selesema.
Tiba-tiba sahaja Mei Mei muncul, tertarik dengan kemeriahan makan buah-buahan di anjung rumah Tok Dalang. Begitu juga dengan Jarjit, tetapi dia kecewa sedikit kerana tiada durian. Jadi Tok Datang pergi mengambil dua biji durian yang dipetik dari dusunnya. Tetapi keluh Jarjit, dua biji tidak cukup untuk dirinya. Tegur Mei Mei, ianya cukup untuk semua orang makan, malah makan terlalu banyak boleh memeningkan kepala; tambah Ipin, badan boleh menjadi panas. Pesan Tok Dalang, makan durian mesti diiringi dengan manggis kerana manggis menyejukkan badan.
Tambah Tok Dalang lagi, bukan sahaja isi manggis yang sedap dan berkhasiat, malah kulitnya boleh dijadikan ubat. Upin bertanya, adakah kulit manggis boleh dimakan. Jelas Tok Dalang, kulit manggis itu bukan dimakan bulat-bulat, tetapi diproses menjadi produk kesihatan. Upin meminta Tok Dalang untuk membelah durian. Maka Tok Dalang bersiap sedia dengan pisau pemotong durian, tetapi menyedari bahawa manggis dan buah-buahan lain sudah habis dimakan dan kecewa. Upin menawarkan seulas manggis untuk menawar hati penghulu kampung tersayang.
Bahagian 3[]
Waktu makan malam, Upin dan Ipin bercerita tentang masa di anjung Tok Dalang siang tadi. Kak Ros menyergah tindakan mereka yang lupa berkongsi buah-buahan yang dibekalkan dengan Tok Dalang. Tidak mengapa, kata Opah kerana mereka boleh menghantar lagi buah-buahan esok. Upin mengulas betapa seronoknya musim buah. Kak Ros berpesan tiada perlunya menunggu musim buah kerana buah-buahan ada sepanjang tahun, sambil menjemput mereka dan Opah untuk makan nanas dari tin.
Sekali makan sepotong nanas tin itu, Upin dan Ipin memuji nikmat makan buah-buahan dalam pelbagai bentuk, baik secara mentah mahupun dalam bentuk jus dan aiskrim. Opah memuji rasa nikmat cucu-cucunya sambil berpesan supaya mengamalkan pengambilan buah-buahan dalam pemakanan dan jangan selalu makan ayam.
Tambah Kak Ros, orang harus makan buah-buahan lima kali sehari demi gizi seimbang, bahkan juga sebagai makanan sampingan dengan nasi. Maka Upin meminta Kak Ros supaya membuatkan mereka jus setiap hari. Pesan Opah lagi, cucu-cucunya harus makan pisang untuk menambah tenaga dan juga tembikai untuk memperkuat sistem imunisasi supaya mereka tidak jatuh sakit.
Keesokan siang di tadika, sebelum kelas bermula, Mail mengambil kesempatan untuk cuba menjaja buah-buahan di kelas untuk "dua seringgit". Akan tetapi murid-murid lain merungutkan harga seringgit dua biji mahal. Jelas Mail, dua ikat seringgit. Keluh Fizi sambil memegang sebiji rambutan, rambutan rumah Tok Dalang percuma.
Tiba-tiba, Fizi digigit oleh seekor kerengga lalu tercampak buah rambutan ke dalam gugus. Maka keluarnya kerengga berkerumun menakut-nakutkan seluruh kelas. Pada masa yang sama datangnya Cikgu Melati, maka Mail cepat menghalau kerengga-kerengga itu. Cikgu Melati memuji kepandaian berniaga Mail tetapi berpesan supaya tidak berbuat demikian di tadika.
Cikgu Melati mengedarkan risalah kempen buah-buahan tempatan FAMA sambil menerangkan tujuan kempen ini. Ehsan teruja membaca risalah itu dan hendak meminta bapanya untuk membelikan anggur dan strawberi. Ipin membetulkan Ehsan bahawa itu bukan buah tempatan, maka Ehsan hilang semangat. Cikgu Melati memesan Ehsan supaya menggantikan anggur dengan mata kucing, langsat atau duku. Upin tolong mencadangkan buah naga sebagai ganti strawberi, bahkan dia juga dengan gaya yang ceria menggalakkan murid-murid supaya banyak makan buah-buahan tempatan.
Ucapan Cikgu Melati mendapat tepukan gemuruh daripada murid-murid. Mei Mei kata dia suka jambu batu; Jarjit berseloroh dengan "dua tiga jambu batu, nanti muka banyak jerawat batu." Balas Mei Mei dengan serius akan pesan ibunya, jambu batu baik untuk menjadikan kulit sihat, licin dan bersinar.
Ipin sambil mengutip sebiji rambutan Mail menyampaikan pesan Opah supaya banyak makan buah-buahan tempatan kerana berkhasiat dan banyak kebaikan. Tambah Upin, semua orang patut suka makan buah-buahan tempatan. Pesan Cikgu Melati, buah-buahan tempatan merupakan kekayaan negara yang paling bernilai. Tambahnya, bukan sahaja buah, malah "senario pemakanan yang merupakan budaya masyarakat kita yang perlu dikekalkan."
Ipin lantang bersetuju "betul, betul, betul!", tetapi disampuk oleh sendawa Upin yang sama lantangnya kerana termakan semua rambutan Mail. Ini membuat Mail marah terhadap Upin dan Ipin, maka kembar itu pun lari dari bangunan tadika.
Trivia[]
- Ini adalah episod pertama di mana Musyrif menggantikan Hasrul sebagai pelakon suara Mail menurut turutan produksi. Suara Musyrif sebagai Mail mula-mula ditayangkan di episod Ultraman Ribut.
- Nanas sebenarnya bukan buah-buahan asal tempatan (ia berasal dari Amerika Selatan), tetapi ada dicucuk tanam di Malaysia, malah sudah sekian lama hingga ia dianggap sebagai buah tempatan. ini seperti Museum Inggris ketika penjajah inggris mengambil harta pada masa kolonisasi Afrika, lalu disimpan di museum. ini membuktikan kalau negara yang dikuasai oleh Kerajaan Inggris sering menanggap barang yang diambilnya sebagai barangnya sendiri.
Video[]