"Idola Misteri" (tiga bahagian) merupakan episod ke-10, ke-11 dan ke-12 (episod ke-4 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Idola Misteri yang Kak Ros minati adalah Abang Salleh?
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin & Ipin sedang makan cokodok sambil mendengar radio di ruang tamu. Kak Ros pun datang mendengar radio. Kak Ros amat meminati DJ Soul. DJ Soul mengumumkan pertandingan meneka bunyi. Jika berjaya meneka bunyi tersebut dengan betul, hadiah wang tunai RM 3,000.00 menanti pemenang tersebut dan boleh bertemu DJ Soul mata ke mata. Kak Ros sangat gembira dengan hadiah yang diumumkan tadi.
Oleh itu, Kak Ros pun sedang ketuk-ketuk meja untuk meneka bunyi yang DJ Soul diperdengarkan dari radio tadi. Seterusnya, Kak Ros pun ketuk-ketuk lantai. Upin & Ipin pun ikut Kak Ros ketuk-ketuk lantai. Kak Ros juga memberitahu bahawa pemenang boleh menang wang tunai RM 3,000.00. Upin & Ipin pun berangan-angan bakal memiliki banyak permainan jika memenangi wang tunai tersebut. Mereka juga bersama-sama dengan Kak Ros untuk mencari bunyi yang DJ Soul bagi tadi. Upin & Ipin ketuk-ketuk sampai Kak Ros mengamuk.
Keesokkan harinya, Upin, Ipin & Kak Ros pergi ke gerai Uncle Muthu untuk mendengar radio dan hanya memesan air kosong sahaja. Ini kerana Upin & Ipin telah merosakan radio yang berada di rumah. Upin & Ipin merosakkan radio dengan memutuskan antena. Mereka telah memanjangkan antena radio sampai pintu halaman. Maka putuslah antena radio.
Apabila DJ Soul mengumukan bahawa talian telah dibuka untuk meneka bunyi tersebut, Kak Ros pun menelefon stesen radio untuk memberi jawapan tekaan Kak Ros. Pada masa yang sama, Uncle Muthu pun menghidang air kosong yang dipesan tadi.
Bahagian 2[]
Malangnya, talian terputus. Kak Ros pun kecewa. Rupa-rupanya ganjaran wang tunai akan bertambah jika tiada orang yang dapat meneka bunyi tersebut dengan betul. Opah mengacau Kak Ros dengan meneka bahawa DJ Soul mungkin adalah orang tua. Ini menyebabkan Kak Ros sedih. Upin & Ipin pula berkata mereka macam pernah & selalu mendengar suara DJ Soul, tetapi tidak dapat ingat siapakah dia DJ Soul itu. Kak Ros pula berkata suara DJ Soul itu hanya boleh dengar dari radio setiap minggu.
Kak Ros pun suruh Upin & Ipin untuk menghantar radio itu untuk dibaiki. Upin & Ipin pun hantar radio itu kepada Uncle Ah Tong. Uncle Ah Tong pula memberitahu bahawa dia tahu siapa DJ Soul yang sebenarnya, tetapi tidak boleh memberitahu Upin & Ipin kerana itu adalah rahsia. Tetapi Upin & Ipin tidak mahu pergi dan asyik mengganggu Uncle Ah Tong. Akhirnya Uncle Ah Tong menyerah kalah, lalu memberitahu identiti DJ Soul kepada Upin & Ipin. Upin & Ipin terkejut lalu lari dengan pantas pulang ke rumah untuk memberitahu Kak Ros. Kak Ros tidak percaya sambil gelak-gelak.
Bahagian 3[]
Upin & Ipin pun memberi Kak Ros radio yang telah siap dibaiki.
Kak Ros pun cuba menelefon stesen radio apabila talian telah dibuka. Talian selalu terputus jika Kak Ros yang menelefon. Jika Upin & Ipin yang menelefon, talian pasti tidak terputus. Kak Ros berjaya meneka jawapan dengan betul.
Di sekolah, kawan-kawan kata mereka dengar suara Upin & Ipin dari radio di gerai Uncle Muthu. Mail suruh Upin & Ipin dapatkan tandatangan DJ Soul agar Mail dapat jual "dua seringgit".
Kak Ros pulang dari stesen radio dengan kecewa. Upin & Ipin pun memberitahu Opah bahawa DJ Soul yang sebenarnya adalah Abang Salleh. Opah pun tidak percaya.
Galeri[]
Video[]