Inap Desa Tok Dalang merupakan sebuah kawasan pelancongan yang dimiliki oleh Tok Dalang. Inap desa itu terletak berhampiran dengan dusunnya. Ianya mula ditunjukkan pada episod Pokok Seribu Guna.
Sejarah[]
Susulan perniagaan kelapanya yang menguntungkan, Tok Dalang bercadang untuk meluaskan lagi perniagaannya menerusi industri pelancongan. Oleh itu, dia membuka sebuah inap desa agar pelancong dapat menginap di kawasan kampung.
Trivia[]
- Asalnya, nama inap desa ini ialah "Tok Dalang Homestay". Walau bagaimanapun, dalam episod Kenapa Tak Elak?, Tok Dalang menukar nama inap desanya kepada "Inap Desa Tok Dalang" kerana sesetengah penduduk seperti Ah Tong sukar menyebut nama inap desa tersebut dalam bahasa Inggeris.
- Reka bentuk rumah inap desa itu menyerupai rumah Salleh. Hanya papan tanda yang membezakan antara rumah Salleh dengan inap desa itu.