"Indahnya Ramadhan" (tiga bahagian) merupakan episod ke-10, ke-11 dan ke-12 (episod ke-4 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-10 daripada siri Upin & Ipin. Sempena bulan Ramadhan, episod ini ditayang pada pukul 5 petang.
Plot[]
Bahagian 1[]
Esok dah nak puasa, jadi Opah tanya Upin & Ipin, adakah mereka masih ingat niat puasa dan doa berbuka puasa. Pada masa yang sama, TV yang sedang ditonton Opah sedang memaparkan niat puasa dan doa berbuka puasa. Maka Upin & Ipin pun bacalah niat puasa dan doa berbuka puasa dari TV.
Di padang, Upin, Ipin, Mail, Jarjit, Dzul, Ijat dan Fizi sedang bermain "pukul berapa datuk harimau". Ehsan memegang watak datuk harimau. Tiba-tiba Mei Mei datang dan melarang Ehsan untuk makan kerana menyangka Ehsan sedang puasa sekarang. Maka Mei Mei dang Susanti pun menyertai permainan yang sedang dimain oleh kawan-kawan.
Semasa mereka leka bermain, Atok sedang menunggang motosikal sambil meminum sekotak air. Atok menyuruh Upin, Ipin dan kawan-kawan balik sekarang. Maka, semua pun menurut pesanan Atok.
Fizi dan Ehsan memberitahu bahawa mereka tidak akan ke surau malam ini. Upin & Ipin pun berkata kepada Fizi dan Ehsan bahawa tuhan akan marah. Fizi pun menangis.
Bahagian 2[]
Selepas solat terawih, Atok sedang memujuk Fizi yang sedang menangis. Upin & Ipin pun meminta maaf dari Fizi. Selepas itu, Mail mengajak Upin, Ipin, Ehsan dan Fizi untuk bermain, tetapi ditegur oleh Atok kerana hari sudah nak hujan. Pada masa yang sama, kerana guruh telah kedengaran, maka elektrik di surau pun terpadam.
Di sekolah, Upin & Ipin tertidur di dalam kelas. Susanti pun menggunakan kamera instantnya untuk menangkap gambar Upin & Ipin yang sedang tertidur. Kawan-kawan pun menyertai penggambaran Susanti. Kawan-kawan turut mengacau telinga Upin & Ipin dengan bulu. Mail tidak menyedari bahawa Cikgu Melati sudah sampai. Pada masa yang sama, Cikgu Melati turut mengacau telinga Mail dengan bulu. Fizi juga mengumumkan bahawa dia tidak bangun untuk bersahur.
Di rumah, Opah menceritakan bahawa tidak bangun sahur tidak ada salahnya. Cuma takut setengah hari puasa, dah terasa lapar. Pada masa yang sama, muncul seekor anak kucing. Upin & Ipin cuba menghalau anak kucing tersebut, tetapi gagal. Opah pun mencadangkan Upin & Ipin memberi makanan kepada anak kucing itu. Upin & Ipin pun terkejut kenapa anak kucing tidak puasa.
Bahagian 3[]
Semasa Upin & Ipin membuat kerja sekolah, mereka mula terasa panas, kipas tidak dapat dipasang kerana kipas sudah rosak. Kak Ros pula sedang mendengar muzik menggunakan fon kepala sambil menggunakan kipas kertas miliknya. Apabila Kak Ros tidak menggunakan kipas kertas, Upin & Ipin pun curi-curi menggunakan kipas kertas Kak Ros. Upin & Ipin berebut kipas kertas sehingga merosakkan kipas kertas Kak Ros. Upin & Ipin pun senyap-senyap meletakkan balik kipas kertas Kak Ros di tempat asalnya. Apabila Kak Ros ingin menggunakan kipas kertasnya, Kak Ros pun perasan bahawa kipas kertasnya telah rosak. Kak Ros pun marah. Opah pun memberi kipas sataynya kepada Kak Ros.
Sebelum berbuka, Opah terdengar bunyi beduk. Opah pun memberitahu bahawa beduk adalah sejenis gendang. Semasa berbuka, Kak Ros menghabiskan ayam goreng Upin & Ipin. Mereka pun sedih.
Di surau, Atok memperkenalkan beduk kepada Upin, Ipin, Mail, Fizi dan Ehsan.
Video[]