Kerajaan Inderaloka merupakan sebuah kerajaan yang muncul dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang turut menjadi latar tempat utama dalam filem itu. Tempat itu hanya boleh diakses melalui perantaraan keris Siamang Tunggal sahaja. Boleh dikatakan, peluang untuk watak lain yang tinggal di dunia nyata untuk ke Inderaloka ialah mustahil.
Tempat[]
- Istana Inderaloka: Tempat di mana raja Inderaloka bersemayam.
- Rumah Belalang: Tempat tinggal Belalang dan Pak Belalang.
- Pelabuhan Megah: Tempat di mana kegiatan perdagangan penduduk Inderaloka berjalan.
- Pulau Angan Makanan: Tempat di mana semua habitat berupa makanan tinggal.
- Gua Cerita: Tempat di mana Bawang Merah dipenjarakan.
- Pulau Pisang: Tempat di mana Warung Pisang Salai terletak.
- Warung Pisang Salai: Tempat di mana Mak Deruma membuka perniagaan menjual pisang salai.
- Batu Belah Batu Bertangkup: Tempat di mana dunia Inderaloka dihubungkan dengan dunia nyata.
Trivia[]
- Pulau Angan Makanan merupakan pulau yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang bertemakan makanan. Keseluruhan pulau ini dari atas adalah kelihatan seperti Ais Kacang.
- Cadangan Burung Cenderawasih sebagai jata Inderaloka adalah berdasarkan penglibatan kuat burung itu dalam kisah dongeng Melayu. Reka bentuknya digunakan dalam rekaan dunia Inderaloka itu sendiri.
- Ketika pemerintahan Raja Bersiong, dia menggunakan teknik propaganda bagi meyakinkan penduduk Inderaloka akan kekuasaannya. Salah satu poster propaganda dapat dilihat berdekatan dengan tempat di mana Upin dan Ipin bersembunyi daripada buruan Re, Ri, dan Ang.
- Tempat di mana Nakhoda Ragam melakukan persembahan sebenarnya merupakan kawasan di mana kapal Layar Lara berlabuh dan tersimpan.
- Dunia Istana Inderaloka dengan Gua Cerita di Pulau Angan Makanan sangat berbeza. Apabila seseorang itu menggunakan laluan rahsia ke istana, dia akan sampai dalam keadaan diterbalikkan.
- Dalam versi yang asal (sebelum potongan babak dijalankan), satu lagi watak dongeng Melayu muncul dan berada berdekatan dengan Istana. Watak tersebut ialah Sang Kelembai.
- Batu Belah Batu Bertangkup akan bereaksi dengan sendiri. Tiada siapa yang dapat mengawal buka tutupnya batu tersebut.
- Ketika Mat Jenin mula memerintah, dia bercadang untuk menggunakan keris Siamang Tunggal sebagai keris kerajaan. Walau bagaimanapun, dia memutuskan untuk mengembalikan keris itu kepada Tok Dalang, dengan mendakwa bahawa keris itu merupakan hadiah daripadanya dan penduduk Inderaloka.
- Beberapa orang telah dipilih bagi melicinkan pentadbiran kerajaan. Antaranya termasuklah:
- Pak Belalang, ahli nujum kerajaan dan pembawa utusan
- Nakhoda Ragam, Panglima Inderaloka