FANDOM


"Betul betul betul!"
— Slogan kata utama Ipin



Ipin ialah satu watak utama dan eponim dalam siri Upin & Ipin. Dia merupakan adik kembar kepada Upin, adik kepada Ros dan cucu kepada Opah. Nama penuh Ipin dapat dilihat dari episod Bijak Sifir.

Rupa

Walaupun Upin dan Ipin merupakan kembar seiras yang sama-sama botak, Ipin dibezakan kerana Upin kerana tiada sehelai rambut seperti Upin, dan biasanya memakai baju singlet biru yang tertera huruf "I", serta sehelai skaf merah kecil yang diikat di keliling leher dan berlabuh pada belakangnya.

Sekiranya dia pergi ke surau, pakaiannya pada permulaan ialah baju Melayu berwarna merah dengan bersongkok dan berketayap pada musim kedua hingga keempat. Namun, bermula musim kelima, pemakaiannya berubah kepada baju Melayu berwarna biru dengan ketayap.

Pakaiannya ketika Hari Raya Aidilfitri ialah baju Melayu biru dan bersamping biru. Songkoknya pula berwarna hitam dengan lilitan renda biru. Namun, pada promo Hari Raya Aidilfitri 2020, dia memakai tanjak, juga berwarna biru. Tetapi, pada musim pertama, dia memakai baju Melayu berwarna biru.

Sekiranya aktiviti sukan dan rekreasi berjalan, dia akan memakai baju sukan sekolah berwarna biru.

Perwatakan

Sebagai si adik, Ipin menunjukkan perwatakan seakan pak turut yang bersetuju sahaja dengan abangnya atau sesiapa sahaja yang berbual dengannya setiap kali, dengan membalas kata-kata itu dengan mengulangi satu kata tiga kali dalam satu ayat, misalnya "Betul betul betul" atau "Sedap sedap sedap". Ipin juga memperlihatkan rasa gemarnya akan makan ayam goreng, sehingga dia pernah sekali sanggup beli ayam goreng secara berlebihan walaupun belum tentu makan sampai habis.

Sama seperti Upin, Ipin cenderung untuk tidak berpisah dengan abang kembarnya walau di mana sahaja. Dia akan merasa kesunyian sekiranya Upin tidak berada di sisinya.

Trivia

  • Menurut pihak produksi, rambut Ipin botak agar kos produksi dapat dikurangkan.
  • Mengikut konsep awal, Ipin hanyalah watak sampingan yang menunjukkan jalan kepada Badrol dan Lim pada filem Geng: Pengembaraan Bermula. Namun, watak Ipin akhirnya dijadikan watak eponim dalam siri Upin & Ipin.
  • Ipin berkongsi pelakon suara yang sama dengan Upin.
  • Ipin merupakan watak protagonis lelaki kedua dalam animasi Malaysia yang disuarakan oleh perempuan selepas Upin.
    • Ipin merupakan watak protagonis lelaki kedua yang disuarakan oleh Nur Fathiah Diaz. Dia juga merupakan watak kedua daripada lima watak yang disuarakan oleh Fathiah.
    • Sebelum pengunduran Fathiah, Asyiela Putri sudahpun menjadi pengisi suara watak Ipin bagi bahasa Inggeris pada musim ketiga.
  • Slogan kata utama Ipin sepanjang siri ialah "Betul betul betul".
  • Satu ciri menarik dalam lenggok bahasa Ipin ialah slogan kata "Betul, betul, betul". Dia akan menunjukkan jari telunjuk, seolah-olah menunjukkan gaya menunjuk. Perlakuannya itu dilakukan apabila ingin mengakui dan menyokong kata-kata seseorang dan kadang-kadang sebagai respons terhadap seseorang. Perlakuannya itu juga dilakukan oleh orang lain seperti Upin dan Opah, sebagai contoh.
    • Gaya perlakuannya semasa mengatakan slogannya dijadikan gaya pergerakan asas dalam lagu Jeng, Jeng, Jeng!
    • Hanya Ipin satu-satunya watak yang dapat menyebut slogannya dengan lenggok gaya yang sempurna memandangkan itulah apa yang dikatakannya setiap hari. Tiada watak yang dapat menyebut slogan Ipin dengan lenggok gayanya, termasuklah Upin seperti dalam episod 'Metrobot Bergabung!'.
  • Dalam episod Tamak, Ipin didedahkan menyukai semua jenis ayam yang terdapat di bazar.
  • Dalam episod Hasil Tempatan, dia juga didedahkan menyukai semua jenis buah-buahan.
  • Ipin ditunjukkan sangat gemar menyukai ayam goreng sehinggakan layang-layangnya berbentuk ayam pada episod Terbang Tinggi-Tinggi.
  • Menurut Asyiela, suara Ipin lebih tinggi daripada Upin. Hal ini didedahkan dalam video di sebalik tabir filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!.
  • Ipin memenangi lebih banyak permainan apabila bermain bersama kawan-kawannya.
  • Ipin bersama Upin mempunyai akaun Instagramnya yang dimiliki bersama.
    • Mereka juga mempunyai akaun Tik Tok, juga dimiliki bersama.
  • Dalam akaun Instagramnya, Ipin mendedahkan bahawa dia mempelajari bahasa Indonesia daripada Susanti.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Upin & Ipin mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Ipin. Rujuk Ipin/Galeri.
Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.