"Irama Raya" (tiga bahagian) merupakan episod ke-4, ke-5 dan ke-6 (episod ke-2 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-17 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
- Surau tiba-tiba terbakar. Abang Iz berjaya menyelamatkan Opah.
- Upin, Ipin dan kawan-kawan terkenang memori lama di surau. Atok memaklumkan bahawa mereka akan solat Terawih di balai raya.
- Di pondok, Mail mengajak kawan-kawan ke gerainya di bazar Ramadan kerana ada sesuatu yang istimewa.
- Di bazar Ramadan, Abang Iz, Abang Salleh dan Abang Roy mempersembahkan lagu Ketentuan Ilahi.
- MeiMei dan Jarjit turut menyumbang kepda tabung derma surau.
- Semasa Upin & Ipin sedang membersihkan halaman rumah, Abang Iz datang untuk memberikan Upin & Ipin buluh. Selepas itu, Upin & Ipin memberikan tabung duit berniaga mereka kepada Abang Iz.
- Di pagi Raya, Upin & Ipin pun melawat kubur.
- Kawan-kawan pergi beraya di rumah Atok. Pada mulanya, Atok hanya nampak Upin & Ipin, tetapi tiba-tiba semua orang muncul, Atok pun pengsan.
- Fizi mahu surau baru dibina seperti yang lama, tetapi Mail mahu surau baru lebih besar dan serba baharu. Upin mencadangkan agar surau baru ada dua tingkat tetapi Kak Ros tidak setuju. Kak Ros nak surau berhawa dingin. Ipin pula nak tempat wudu beratap. Ehsan nak dewan makan yang lebih besar.
Trivia[]
- Tajuk episod ini di MNCTV ialah "Salam Raya Dari Kampung Durian Runtuh"