"Jom Hidup Sihat!" (tiga bahagian) merupakan episod ke-13, ke-14 dan ke-15 (episod ke-5 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin.
Ringkasan[]
Episod ini mempromosikan gaya hidup sihat.
Plot[]
Bahagian 1[]
Pagi-pagi Upin & Ipin datang ke rumah Atok untuk ajak Atok pergi bersenam. Pagi semalam, sewaktu Opah, Upin & Ipin sedang berjalan, Uncle Ah Tong mengetuai Uncle Muthu, Atok, Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit bersenam "Tai Chi". Oleh itu, Upin & Ipin pun ikut untuk bersenam. Opah tidak ikut. Mei Mei dan Susanti pula berkata mereka akan bersenam selepas ais-krim mereka sudah habis. Tiba-tiba muzik dari radio menjadi rancak, oleh itu semua yang bersenam juga ikut rentak muzik. Apabila Opah menasihati Uncle Ah Tong, Atok dan Uncle Muthu untuk berhati-hati, seluar Uncle Ah Tong terkoyak.
Bahagian 2[]
Semasa Upin & Ipin sedang mengejar & berlumba dengan Rembo menggunakan motosikal olok-olok, Rembo terlanggar tiang. Selepas itu, Upin & Ipin pun bermain depan rumah. Mereka hampir kemalangan dengan Uncle Ah Tong semasa Uncle Ah Tong ingin mengambil sayur daripada Opah. Semasa Opah tanya kenapa Uncle Ah Tong tidak membuat pemeriksaan kesihatan, Uncle Ah Tong pun cabut lari.
Kak Ros baru pulang dari Pusat Promosi Kesihatan Komuniti. Kak Ros terpilih menjadi fasilitator. Kak Ros akan mempromosikan kesihatan yang terancang. Upin & Ipin pun kemudiannya melakukan pelbagai aktiviti untuk membakar kalori sehingga penat dan terlantar di sofa.
Bahagian 3[]
Opah ingin ke klinik kesihatan. Upin & Ipin pun bimbang. Opah pun memberitahu bahawa Opah ingin membuat pemeriksaan kesihatan. Opah pun ingin mengajak Upin & Ipin untuk sama-sama membuat pemeriksaan kesihatan, tetapi Upin & Ipin takut kena cucuk.
Di klinik, Upin & Ipin membaca pelbagai poster yang terdapat di dinding klinik. Atok baru sahaja selesai dengan pemeriksaan kesihatan. Kandungan gula dalam darah Atok agak tinggi. Jururawat pun menasihati Atok untuk menjaga pemakananannya agar kandungan gula dalam darah tidak tinggi. Seterusnya adalah giliran Opah untuk masuk ke bilik Doktor Abu. Upin & Ipin dilang masuk. Jururawat pun memeriksa mata Upin & Ipin, mengambil berat & ketinggian dan gigi mereka.
Upin & Ipin pun memberitahu pengalaman mereka di klinik kesihatan kepada kawan-kawan. Kemudian, Upin, ipin dan kawan-kawan pun menyanyikan lagu suku-suku separuh.
Trivia[]
- Motosikal olok-olok dapat dilihat di episod
- Dalam video promo, dapat dilihat tajuk asal episod ini adalah Bergerak Aktif