Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Kain Perca" (tiga bahagian) merupakan episod ke-31, ke-32 dan ke-33 (episod ke-11 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Mail menggunakan kain perca milik Kak Ros untuk menjahit lalu membuat batu seremban.

Plot[]

Bahagian 1[]

Upin & Ipin terjumpa sekotak kain perca di bilik Kak Ros semasa menolong Kak Ros mengemas bilik Kak Ros. Upin & Ipin membawa kotak itu ke taman permainan mereka. Upin, Ipin & kawan-kawan menyanyi lagu tema mereka sambil berimaginasi dengan kain perca sebagai permaidani ajaib yang boleh terbang.

Bahagian 2[]

Apabila tiba di rumah, Kak Ros mengamuk mencari kain perca miliknya. Kak Ros suruh Upin & Ipin membawa kembali kotak kain percanya kembali ke rumah. Tapi Upin & Ipin tidak jumpa kotak yang ditinggalkan di pondok lalu pergi bertanya kepada kawan-kawan.

Semasa tiba di rumah Mail, Upin & Ipin lihat Mail sedang menjahit lalu menghasilkan batu seremban. Mail memulangkan semula semua kain perca Kak Ros & batu seremban yang dijahit oleh Mail kepada Kak Ros.

Kak Ros mencari selimut yang Kak Ros jahit menggunakan kain perca, tetapi tidak dijumpai. Upin & Ipin teringat mereka menggunakan selimut yang Kak Ros maksudkan tadi sewaktu di pondok. Maka bermulalah misi Detektif Upin & Ipin untuk mencari selimut Kak Ros.

Bahagian 3[]

Detektif Upin & Ipin jumpa selimut kain perca di rumah Atok, tapi Atok kata itu selimut milik Atok.

Kemudian Detektif Upin & Ipin jumpa Abang Salleh sedang menyidai kain perca juga, tetapi juga bukan selimut Kak Ros.

Kemudian, Mei Mei memberi selimut kain perca kepada Upin & Ipin. Upin & Ipin pun membawa selimut itu pulang ke rumah. Mereka gembira kerana kes diisytiharkan selesai.

Apabila tiba di rumah, Kak Ros sudah pun mempunyai selimut kain percanya. Kak Ros memberitahu bahawa Opah telah membasuh selimutnya.

Upin & Ipin pula bingung dan keliru. Selimut yang mereka sedang pegang itu milik siapa? Ini menukarkan status kes yang diisytiharkan SELESAI kepada TIDAK SELESAI.

Pada masa yang sama, Atok mencari selimut kain percanya yang kini hilang. Atok menyangka Rembo yang mengambil selimutnya.

Trivia[]

  • Ini merupakan kali pertama sebuah kes yang dikendalikan oleh Detektif Upin & Ipin berstatus 'tidak selesai'.

Galeri[]

Video[]

Kompilasi_Upin_&_Ipin_Musim_12

Kompilasi Upin & Ipin Musim 12


Tonton di RCTI+[]

Lihat lagi[]

Advertisement