Kampung Durian Runtuh merupakan tempat tinggal Upin dan Ipin sekeluarga dan kawan-kawan mereka yang juga merupakan latar tempat utama dalam siri Upin & Ipin. Ketua kampung ini ialah Isnin bin Khamis, yang lebih dikenali dengan timangan Tok Dalang. Nama kampung ini juga diberi nama sempena pokok duriannya.
Penduduk kampung[]
Berikut ialah senarai penduduk kampung yang dikenali dengan nama mereka.
- Ketua kampung: Tok Dalang
- Rumah Upin dan Ipin
- Rumah Ehsan
- Fizi
- Rumah Mail
- Rumah Mei Mei
- Emak Mei Mei
- Mei Mei
- Rumah Jarjit
- Bapa Jarjit
- Jarjit
- Devi
- Susanti
- Rumah Ijat
- Emak Ijat
- Ijat
- Rumah Dzul
- Dzul
- Nenek Dzul
- Rumah Muthu
- Salleh
- Ah Tong
- Pak Dollah
- Hamzah
- Roy (Suffian)
- Pak Selamat
Tempat[]
- Rumah Upin dan Ipin: Kediaman Upin, Ipin, dan keluarga.
- Rumah Tok Dalang: Kediaman Tok Dalang.
- Rumah Fizi: Kediaman Fizi dan keluarga.
- Rumah Mei Mei: Kediaman Mei Mei dan keluarga.
- Tadika Mesra: Tempat pembelajaran Upin, Ipin, dan kawan-kawan.
- Surau Kampung Durian Runtuh: Tempat ibadah dan kemasyarakatan umat Islam di kampung ini.
- Padang Lapang Kampung Durian Runtuh: Tempat rekreasi bagi penduduk kampung.
- Bazar Ramadhan: Tempat aktiviti jual beli penduduk kampung berjalan.
- Kedai Runcit Kampung Durian Runtuh: Tempat di mana barang keperluan bagi penduduk kampung dijual.
- Pondok: Tempat berkumpul dan bermain Upin, Ipin, dan kawan-kawan.
- Balai Raya Kampung Durian Runtuh: Tempat di mana acara yang melibatkan orang ramai diadakan.
- Funfair Kampung Durian Runtuh: Sebuah lokasi permainan yang dikunjungi oleh penduduk kampung.
- Inap Desa Tok Dalang: Tempat penginapan bagi pelancong yang datang ke kampung.
Akses[]
Dalam siri Upin & Ipin, Kampung Durian Runtuh dapat diakses dengan menggunakan Jalan Besar di Batu Lima. Itu sahaja satu-satunya cara yang dapat diambil oleh penduduk kampung bagi keluar masuk kawasan.
Trivia[]
- Berdasarkan bendera pada Klinik Kesihatan Kampung Durian Runtuh di episod 'Hapuskan Virus', kemungkinan besar kampung ini terletak di negeri Perak. Walau bagaimanapun, berdasarkan poskod kampung yang dilihat dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, iaitu 42610, berkemungkinan juga kampung ini terletak di negeri Selangor.