"Kedai Makan Upin & Ipin" (tiga bahagian) merupakan episod ke-37, ke-38 dan ke-39 dalam musim ke-9 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Dengan berlengkapkan mesin golek yang baru, Muthu memperkenalkan ayam golek sebagai hidangan baharu di gerainya kepada Upin dan Ipin dan kawan-kawan di warungnya. Sambutan baik mereka mendorong Muthu untuk menambahkan pengeluaran ayam golek, bahkan "menjenamakan semula" warungnya sempena Upin dan Ipin.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin dan Ipin berlumba tarik upih dengan Mail dan Mei Mei (yang menaiki basikal), dan Fizi dan Ehsan. Setelah puas bermain mereka singgah di warung Muthu untuk makan ABCD.
Pada masa yang sama Opah datang membawa bekalan ayam untuk mesin golek Muthu. Mesin golek baharu Muthu menonjol dan menarik perhatian Upin dan Ipin sekawan dengan golek-golekan ayam di dalam.
Setelah masak, ayam dari mesin golek dihidangkan oleh Muthu kepada enam sekawan di meja, menjanjikan "ayam golek dengan sos istimewa buatan Opah". Sekali cuba, terasa nikmatnya. Mail pun akur ayam bakarnya tidak setanding.
Apabila hampir habis makan, Opah pun beredar dan Muthu merayu kepada Upin dan Ipin untuk memujuk Opah supaya membekalkan lagi ayam untuk dapat membuat ayam golek setiap hari, memandangkan Opah tidak dapat berjanji untuk membawa ayam selalu ke warungnya. Kawan-kawan sebaya Upin dan Ipin pun setuju dengan cadangan itu setelah mengenang nikmat tadi.
Bahagian 2[]
Ketika Opah dan Ros sedang bercucuk tanam di kebun, Upin dan Ipin merayu kepada Opah untuk menunaikan hajat Muthu untuk menambahkan bekalan ayam, tetapi Opah keberatan. Setelah dapat tahu niat mereka untuk makan ayam golek, Opah bercadang pula untuk masakkan sekarang juga. Upin dan Ipin menjelaskan bahawa mereka ingin berniaga, membuat Ros dan Opah tergamam.
Opah terjumpa pokok-pokok bunga orkidnya layu belaka lalu bersedih kerana betapa mahal dan lama pokok itu dijaganya. Maka Upin dan Ipin bercadang untuk berniaga sekali lagi supaya dapat membelikan lebih banyak orkid.
Muthu di warung merintih ketiadaan bekalan ayam untuk mesin goleknya. Kemudian dia menyambut Upin dan Ipin datang membawa khabar baik Opah setuju, maka Muthu pun kembali bersuka-ria, menari-nari ala filem Tamil menyambut kedatangan "ayam golek Upin & Ipin". Tambahan lagi, Upin bercadang supaya Muthu memasak ayam goleknya sekarang.
Kemudian Upin dan Ipin ke laman rumah Tok Dalang untuk menangkap anak ayam. Apabila diketahui hasrat mereka untuk berniaga oleh Tok Dalang, dia menyerahkan bekalan sambil meminta supaya mereka berkongsi, tetapi Upin dan Ipin bertegas hendak menjualnya sahaja di "Kedai Makan Upin & Ipin".
Lama-kelamaan bertambahlah rancak warung Muthu yang berjenama baru sempena pelanggan kembar kegemarannya, apatah lagi siap dengan ayam goleknya. Betapa ramai pelanggan menyebabkan Upin dan Ipin berpusu-pusu melayan. Akan tetapi, malang tidak berbau; mesin golek rosak kerana diguna pakai tak henti-henti.
Bahagian 3[]
Upin dan Ipin pulang ke rumah dengan sugul bersama hasil pendapatan dalam bekas, lalu meratap di pangkuan Opah sambil mengkhabarkan kerosakan mesin golek. Opah berpujuk agar mesin itu dibaiki segera, sementara Ros yang terdengar mengejek adik-adiknya yang menangis atas masalah kecil. Suasana berubah apabila Ros terkena renjatan elektrostatik sambil kilat, menghiburkan kembali Upin dan Ipin.
Setelah hujan reda, tangisan Muthu berlarutan kerana nasibnya diburukkan lagi oleh gerainya yang musnah ditimpa dahan pokok. Tok Dalang dan Ah Tong ada untuk memujuknya menerima cubaan, sementara Salleh bercadang untuk membuatkannya gerai baharu. Upin dan Ipin dan kawan-kawan pun tiba di kawasan warung, turut terperanjat dan berdukacita atas nasib Muthu.
Setelah Salleh bersama Upin dan Ipin menolong Muthu memilih corak gerai baharu, warga kampung pun bergotong-royong membina semula gerai Muthu hingga selesai dalam satu petang. Mesin golek pun siap dibaiki. Keesokan harinya, Muthu mengucapkan banyak terima kasih kepada semua orang yang menolongnya semalam untuk memperbaharui gerainya (yang tidak jauh berbeza dengan gerai lampau) lalu mengisytiharkan hari esok kembali berniaga.
Tidak lama sejak itu, Ros, Upin dan Ipin berjaya menghadiahkan pokok orkid baru yang dibeli mereka sendiri kepada Opah.
Video[]