"Kembara 6 Musim" (tiga bahagian) merupakan episod ke-28, ke-29 dan ke-30 (episod ke-10 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-10 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini bertemakan pengetahuan iklim di negara empat musim.
Sinopsis[]
Kak Ros meluahkan hasrat untuk pergi ke negara empat musim untuk mengecapi nikmat salji. Ini mendorong Upin dan Ipin untuk cuba membawa alam empat musim ke halaman rumah sendiri (ditambah dua lagi peristiwa yang juga bergelar musim.)
Plot[]
Bahagian 1[]
Cuaca panas luar biasa dijadikan alasan Ros untuk menangguhkan hasrat untuk keluar membeli barang. Sekali melihat berita salji turun di negara asing di TV, tiba-tiba Ros meluahkan hajat untuk merantau ke negara empat musim. Ini menyebabkan Opah, Upin dan Ipin terharu dan cepat memujuk kerana mungkin ditinggalkan Ros.
Lewat petang, Upin, Ipin dan kawan-kawan berkumpul dekat dengan Salleh yang melayari laman web percutian di warung Muthu. Adanya tawaran percutian ke negara empat musim tetapi semuanya di luar kemampuan Salleh. Mail mengambil kesempatan untuk menjaja idea kampung "enam musim", membuat semua hairan. Gurauan rupanya...
Bahagian 2[]
Upin dan Ipin bermain badminton dengan Mail dan Jarjit sementara Mei Mei datang dengan bunga dalam kereta sorong dan mengajak Susanti bermain masak-masak. Ipin pergi bermain bunga dengan Mei Mei dan Susanti, menyebabkan Susanti bersin teruk gara-gara alah debunga. Susanti bersin merata-rata, malah mengena Upin dan Ipin hingga mereka pun jatuh sakit malam hari.
Keesokan harinya setelah sembuh dari penyakit, Upin dan Ipin sekali lagi merayu kepada Kak Ros supaya jangan tinggalkan mereka untuk pergi ke negara empat musim, namun Kak Ros berkeras juga.
Bahagian 3[]
Upin dan Ipin bersama Opah dan Tok Dalang merancang kejutan untuk Kak Ros, iaitu halaman rumah mereka bertukar menjadi taman tema mini "kembara enam musim" yang lengkap dengan tarikan-tarikan yang meniru suasana musim bunga (kebun), musim panas (pantai), musim luruh (timbunan daun gugur) dan musim sejuk (taman salji ais parut).
Dengan ini Upin dan Ipin sekali lagi merayu kepada Ros supaya tidak pergi. Kali ini Ros mengaku selama ini dia hanya bergurau mahu pergi ke luar negara, lalu dia bertanya di mana dua lagi musim. Musim yang tinggal ialah musim buah-buahan di halaman Tok Dalang, dan juga musim hujan yang datang dengan sendiri.
Video[]