Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Kembara Kecil-Kecilan" (tiga bahagian) ialah episod ke-10, ke-11 dan ke-12 (episod ke-4 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-6 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Rospulastelingaui

Kak Ros memarahi adik-adiknya kerana hendak bermandi di sungai.

Kak Ros keluar membeli makanan sambil mencari adik-adiknya untuk dibawa pulang dengan rasa geram kerana sudah bermain di luar hingga lewat tengah hari, apalagi bilik mereka belum kemas. Setelah menanya Muthu di gerai tanpa dibalas dengan kepastian, akhirnya dia tiba di tepi sungai dan berjaya menghalang Upin dan Ipin daripada mandi di sungai, serta menyuruh kawan-kawannya yang sudah berendam dalam air untuk bersurai.

Sekembali ke rumah, Upin dan Ipin mengadu kepada Opah akan kegarangan kakak mereka, tetapi setelah Ros menjelaskan bahawa mereka pergi mandi di sungai, Opah bertegur betapa wajarnya mereka dirotan. Ros menengking adik-adiknya lagi kerana lupa mengemas bilik yang bersepah hingga tidak ingin didiami oleh tikus. Opah lemah-lembut berpesan kepada cucu-cucu kembarnya supaya pergi mengemas.

Di tengah-tengah mengemas bilik, sebiji guli lari dari bilik Upin dan Ipin ke bilik Kak Ros. Dengan hati-hati, mereka berdua menyusup masuk bilik Kak Ros untuk mencari guli itu, tetapi mereka dikejutkan oleh Kak Ros sampai terhantuk bawah meja soleknya dan balang bedak sejuk di atas pun jatuh dan pecah. Oleh itu, Kak Ros naik darah lagi dan menghantar mereka ke bilik, serta 'menyumpah' mereka menjadi cukup kecil dan dipicit menjadi hancur untuk dijadikan makanan lipas.

Upinipinjadikecil

Upin dan Ipin menyedari sesuatu kelainan.

Selepas habis dimarahi, Upin dan Ipin berehat sejenak di atas katil. Tidak sempat cukup berehat, mereka dikejutkan oleh suara Kak Ros yang bertanya bilik itu siap dikemas atau belum, tiba-tiba sahaja Upin dan Ipin sedar bahawa persekitaran mereka berubah menjadi besar gergasi!

Bahagian 2[]

Bukan bilik menjadi besar, tetapi Upin dan Ipin sendiri mengecil, maka berseronoklah mereka dengan 'taman bermain' baru mereka, mula-mula dengan menggelongsor di tepi katil hingga ke lantai, kemudian bermain askar dengan memakai pakaian dan senjata askar mainan, memandu kereta mainan, dan sebagainya.

Upinpandukereta

Upin memandu kereta mainan dengan pacuan Ipin.

Akan tetapi, keseronokan itu tidak berkekalan apabila Ipin, setelah memandu kereta terlalu laju, tanpa sengaja mengganggu lipas di bawah katil, maka lipas itu mengejar mereka berdua hingga ke luar bilik melalui celah di bawah pintu. Sebaik sahaja di luar, mereka terhidu bau yang menyelerakan, kemudian diserang oleh penyapu dan langkah kaki Kak Ros. Sekejap menyangka tidak disayangi Kak Ros, rupa-rupanya Kak Ros memasak ayam goreng, maka tandanya sayang, jadi Upin dan Ipin menyusup ke bilik dapur lalu memanjat meja.

Akan tetapi, Kak Ros pergi memanggil mereka dari bilik, tetapi tidak jumpa, maka dia menutup ayam goreng dengan tudung saji, maka kecewalah adik-adik kembar yang tidak kelihatan. Mujurlah ada setandan pisang di bawah tangga dapur, maka mereka turun meja ke situ.

Bahagian 3[]

Sikatakkembali

Peluang untuk Si Katak membalas dendam.

Setiba mereka di tempat pisang, mereka berjumpa dengan katak yang pernah mereka tangkap dalam episod "Tangkap Dia", dan cuba tidak berbuat bising. Akan tetapi, perut Ipin meraung dan menarik perhatian katak itu, maka mereka terpaksa berlari lintang-pukang supaya tidak dimakan oleh katak itu. Akhirnya, katak itu berjaya mengejar mereka di atas tangga dapur, maka Upin dan Ipin tiada jalan lain selain terjun ke dalam bakul sampah.

Katak itu juga mengejar mereka ke dalam bakul, tetapi sempat dihalang oleh Kak Ros dengan penyapu, yang kemudiannya membuang habuk ke dalam bakul dan mengikut beg plastik yang mengalas dalam bakul itu untuk dibuang di tong luar, tanpa menyedari kehadiran adik-adiknya di dalam. Perbuatan Kak Ros itu membuat Upin dan Ipin menyangka bahawa Kak Ros tidak menyayangi mereka lagi, apalagi sudah kelaparan tidak seronok lagi menjadi kecil.

Upinipindlmtong

Upin dan Ipin sesal dalam tong.

Setelah cuba membuka penutup tong dari dalam tetapi gagal, Upin dan Ipin diancam oleh lipas-lipas dalam tong, tetapi akhirnya pentutup tong dibuka semula โ€ฆ oleh tukang sampah yang membawa tong itu untuk dibuang ke dalam lori sampah!

Dan akhirnya, mereka bangun kembali di bilik mereka setelah habis mengigau, lalu cepat mengemas bilik supaya tidak diusik lipas. Kak Ros berjalan melalui bilik adik-adiknya dan menawarkan diri untuk menolong mereka dan menjemput mereka makan ayam goreng dahulu, maka Upin dan Ipin sekali lagi memperakui kasih sayang Kak Ros pada mereka.

Video[]

Promo_UI_Musim_6_-_Kembara_Kecil-Kecilan_22_7,_6PM_-_TV9

Promo UI Musim 6 - Kembara Kecil-Kecilan 22 7, 6PM - TV9


Tonton di RCTI+[]

Advertisement