Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Kembara ke Pulau Harta Karun" (sebelas bahagian) ialah sebuah karya visual yang istimewa dalam francais Upin & Ipin. Sebenarnya, adalah agak rumit untuk menerangkan setepatnya apa ia sebenarnya kepada orang umum. Pada mulanya, ia sebuah filem cetera, tetapi dipecahkan menjadi episod-episod dalam siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan di musim ke-3 dan Upin & Ipin di musim ke-6.

Versi siri TV yang dipertontonkan kepada umum pada tahun 2009 ini terpecah kepada lapan bahagian, iaitu tiga bahagian pertama pada bulan Mei dan lima lagi pada musim cuti sekolah akhir tahun. Bagaimanapun, di penghujung musim ke-3, cerita ini tergantung di penghujung bahagian ke-8. Pada musim ke-6, iaitu tiga tahun kemudian, barulah Kembara ke Pulau Harta Karun diberi kesudahan dengan tiga lagi bahagian.

Plot[]

Bahagian 1[]

Meimeipeta

Mei Mei memegang peta harta karun.

Setelah menyelamatkan Puteri Mei Mei, Hang Upin dan Hang Ipin mengikat Kapten Jarjit dan anak-anak kapalnya, Ehsan, Fizi dan Mail di atas kapal Upin dan Ipin sendiri, lalu memisit mereka berempat untuk maklumat tentang di mana letaknya harta karun secara menggeletek. Akan tetapi, Mei Mei sempat menghalang mereka dengan mendedahkan bahawa dia membawa peta harta karun selama ini. Yang lain tertanya-tanya mengapa dia tidak cakap awal-awal, jawabnya mereka langsung tidak bertanya. Fizi tanpa sedar diri memanggil kaptennya bodoh kerana itu.

Sementara Hang Upin dan Hang Ipin berbincang dengan Mei Mei tentang isi kandungan peta, geng lanun Jarjit Singh ternampak sebeling kayu di atas geladak kapal lalu mengambil kesempatan untuk melepaskan diri dari ikatan mereka lalu merampas peta harta karun dan kapal sambil menghantar Hang Upin, Hang Ipin dan Puteri Mei Mei pergi dengan perahu. Setelah lama ditinggalkan di tengah lautan hingga senja, mujurlah perahu yang dinaiki oleh Hang Upin, Hang Ipin dan Puteri Mei Mei bertembung dengan kapal nelayan Dzul dan Ijat. Maka mereka mengambil kesempatan untuk memujuk nelayan berdua itu untuk mengejar Jarjit Singh hingga ke Pulau Harta Karun. Akan tetapi, mereka berlima bertembung dengan beberapa rintanganโ€ฆ

Bahagian 2[]

Garudarampaspeta

Burung garuda datang berbuat kacau.

Kapten Jarjit dan anak-anak buahnya semakin dekat dengan Pulau Harta Karun, tetapi belum sempat mara untuk mendarat di pulau itu, tiba-tiba Hang Upin dan Hang Ipin yang mengejar mereka selama ini akhirnya menaiki semula kapal mereka dan merampas peta itu dari tangan Jarjit Singh. Maka pertarungan bermula semula, kali ini Hang Upin dan Hang Ipin dibantu oleh pasangan nelayan Dzul dan Ijat yang membaling ikan ke arah lanun-lanun itu.

Tiba-tiba, pertarungan mereka disampuk oleh seekor burung garuda yang menyerang kapal-kapal mereka, merampas peta itu dengan mulut lalu menjatuhkannya semula ke dalam air. Nasib baik peta itu terdampar di pantai, maka kumpulan Hang Upin dan Hang Ipin senyap-senyap mengambil peluang untuk pergi dari kekacauan itu ke pantai, sementara Mail menjinakkan burung garuda dengan memberinya makan ikan.

Kekacauan yang ditimbulkan oleh burung garuda itu telah membuat geng Kapten Jarjit ketinggalan dalam pengejaran harta karun, apalagi perahu sudah dimusnahkan oleh burung garuda tadi, tetapi mereka sempat mencari jalan dengan menaiki burung itu untuk mengejar kumpulan Hang Upin dan Hang Ipin dan merebut peta.

Bahagian 3[]

Upin dan Jarjit telah mengoyakkan peta menjadi dua bahagian. Daripada berlawan, Puteri Mei Mei mencadangkan agar Hang Upin, Hang Ipin dan lanun-lanun Jarjit Singh berganding bahu, bersama-sama mencari harta karun di pulau.

Jarjit, Mail, Fizi dan Ehsan kemudian terjatuh ke dalam pasir jelus.

Kemudian, semasa berjalan dalam gua, Jarjit ternampak cangkuk yang berwarna perak. Jarjit ingin mengambil cangkuk tersebut, tetapi di halang oleh Puteri Mei Mei. Setelah Puteri Mei Mei beredar dari pandangan Jarjit, Jarjit terus mengambil cangkuk tersebut. Kemudian, sebuah batu besar pun bergolek ke arah mereka.

Apabila di sebuah lembah, Puteri Mei Mei adalah orang pertama melintasi jambatan yang menghubungkan lembah tersebut.

Kemudian, Jarjit dan Upin menyambungkan kedua-dua peta. Jarjit pun tergesa-gesa dan ingin mengambil dan mencari semua harta karun untuk diri sendiri tanpa mahu berkongsi. Kemudian, Ipin memberitahu Upin bahawa terdapat tanda batu di atas peta. Kemudian, gergasi batu pun muncul dari bawah tanah. Mereka perlu bertanding dengan gergasi batu untuk mencapai harta karun buruan mereka.

Kemudian, Puteri Mei Mei mencadangkan agar mereka tidak gaduh-gaduh. Gergasi batu pun mencadangkan agar mereka berlawan kepandaian. Ipin menjawab teka-teki gergasi batu dengan betul. Kemudian, gergasi batu mencadangkan agar mereka bermain osom. Ehsan pun menjadi pengadil. Gergasi batu mengaku kalah. Oleh itu, gergasi batu membenarkan mereka semua untuk masuk ke gua dan mengambil harta karun.

Apabila mereka semua masuk ke gua, tiada harta karun. Jarjit pun keluar untuk memarahi gergasi batu. Gergasi batu pun memberitahu bahawa sudah ada orang yang telah menggambil harta karun sebelum mereka.

Bahagian 4[]

Setelah mendengar penjelasan dari gergasi batu, Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan lain-lain pergi ke arah perkampungan orang asli di sebalik gunung berapi walaupun ditegah gergasi itu. Setelah perjalanan mereka dimudahkan oleh gergasi batu secara senyap-senyap, mereka semua berjaya memasuki kubu orang asli. Di sana, Hang Upin dan Hang Ipin perlu mentafsir lakaran sejarah orang asli pada tembok kubu, kemudian memasang kepingan gambar batu bersama yang lain-lain untuk mencari laluan yang tersembunyi.

Bahagian 5[]

Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan kawan-kawan berjaya menyiapkan teka-teki gambar untuk membuka laluan, tetapi mereka dihendap oleh seekor labah-labah gergasi. Ketika mereka semua berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri, Ehsan tersangkut pada sarang labah-labah besar yang melekit, lalu yang lain-lain terpanggil untuk membebaskannya sambil menumpaskan labah-labah itu.

Semasa mereka sedang bersembang di unggun api, Puteri Mei Mei memberitahu bahawa harta karun yang mereka sedang cari adalah sebiji bola ajaib.

Semasa semua orang sedang tidur, Ijat terasa lapar. Maka Ijat pun ke hutan untuk mencari makanan. Turut dilihat, orang asli sedang memerhati Ijat.

Bahagian 6[]

Di tengah-tengah malam buta, Nelayan Ijat yang merebut pisang dengan monyet bertembung dengan satu orang pulu-pulu, lalu berkawan sesama. Ketika tidur di keliling unggun api, Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan terjaga oleh hendapan orang asli yang menyedari cerobohan mereka dari dulu. Kebanyakan daripada mereka terselamat kecuali Kapten Jarjit dan si nelayan Dzul yang diheret lalu dihumban ke dalam kurungan orang pulu-pulu.

Bahagian 7[]

Ijat membawa kawan orang pulu-pulunya kembali ke unggun api untuk bertemu kawan-kawan. Tetapi sudah tiada orang di unggun api.

Kemudian, pasangan Hang Upin, Hang Ipin dan lain-lain menyamar dengan memakai topeng-topeng besar dan berwarna-warni yang dipakai oleh orang pulu-pulu, sebagai langkah penting untuk menyelamatkan Kapten Jarjit dan Nelayan Dzul, biarpun mudah diperhati oleh ratu orang asli yang tinggi. Malangnya, tugas Fizi untuk mengalih perhatian para pengawal lokap tidak berjaya, maka mereka semua pun ditahan.

Bahagian 8[]

Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan semuanya dilantarkan pada sebuah jentera penggeletek yang digunakan sebagai alat soal siasat. Mujurnya Nelayan Ijat dan kawan orang aslinya sempat tampil untuk memberitahu ratu bahawa mereka semua itu ialah kawan-kawannya, jadi dilepaskan jua mereka semua lalu dijemput berjamuan mesra pada waktu malam. Pada keesokan harinya, sekali lagi Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan dimusuhi oleh orang pulu-pulu kerana Jarjit sempat melarikan harta karun mutiara yang diburu-burunya selama ini.

Bahagian 9[]

Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan merampas bola sakti dari puak Pulu-Pulu, tetapi pahlawan-pahlawan Pulu-Pulu sempat mengejar mereka. Sewaktu dikejar, Mei Mei mengingatkan Jarjit bahawa bola itu hanya boleh menunaikan satu hajat sahaja. Hang Upin sempat menumpaskan dan menanggalkan topeng seorang pahlawan berbadan besar dan pahlawan itu kelihatan tergamam. Hang Upin tidak dapat bersembang lama dengannya kerana terpaksa naik kapal dengan cepat bersama kawan-kawan, kecuali Ijat yang ditangkap oleh orang pulu-pulu. Di atas kapal, Dzul sebak menjelaskan kepada Hang Upin dan Hang Ipin bahawa sesiapa yang ditangkap oleh Pulu akan dipaksa menjadi Pulu-Pulu. Akan tetapi, mereka semua di atas kapal dapat dikejar oleh puak Pulu yang datang untuk mengambil balik bola sakti serta menghukum Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan dengan memusnahkan kapal mereka.

Bahagian 10[]

Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan terselamat dengan terdampar di pantai. Mereka dapat mempertahankan bola sakti berkat kepanjangan akal Jarjit, tetapi kehilangan Mail. Mereka cuba memulihkan Mail dan Ijat dengan berhajat pada bola sakti, tetapi nampaknya ia tidak berkesan.

Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan turut bertembung semula dengan Gergasi Batu dan meminta tolongnya tentang bola sakti. Jelas Gergasi Batu, bola sakti hanya boleh digunakan sewaktu gerhana matahari, dan gerhana itu hanya berlaku sekali dalam seratus tahun, iaitu esok. Tidak lama kemudian, ketika berunggun api, Gergasi Batu menerangkan sejarah Pulu-Pulu, bahawa dahulu kala mereka baik-baik saja, kemudian ditakluk oleh seorang ratu jahat yang memaksa mereka memakai 'topeng puaka'. Maka begitulah yang dibuat ke atas Ijat.

Di tengah malam, Dzul menyedari bahawa Jarjit dan lanun-lanunnya membawa pergi bola sakti. Dzul pun memberitahu Upin & Ipin bahawa Jarjit, Ehsan dan Fizi sudah hilang. Jarjit, Fizi dan Ehsan kemudiannya bertembung dengan Pulu-Pulu dan seorang 'kenalan'. Fizi ditangkap oleh orang asli dahulu. Kemudian, Ehsan juga kena tangkap. Maka tinggallah Jarjit seorang diri. Kemudian, Jarjit juga kena tangkap.

Bahagian 11[]

Hang Upin, Hang Ipin dan lain-lain sempat mencari Jarjit dalam keadaan selamat, dan Jarjit menerangkan kepada mereka bahawa bola sakti telah dirampas oleh Ijat yang sudah disumpah menjadi Pulu-Pulu.

Pada pagi keesokan, Upin, Ipin dan lain-lain menyusup masuk kubu utama Pulu-Pulu dalam gunung berapi untuk menyelamatkan Ijat, menghalang ratu jahat daripada meminta hajat dengan bola sakti di bawah gerhana matahari, serta mematahkan sumpahan Pulu-Pulu. Fizi dan Ehsan dijadikan umpan untuk mengganggu perhatian orang Pulu-Pulu.

Semasa gerhana berlaku, Dzul telah meminta ikan kerapu. Maka ikan kerapu pun ditunaikan. Ratu pun sangat marah.

Semasa Ratu ingin menghukum Dzul, Ipin berjaya menyebabkan tongkat sakti Ratu jatuh ke lava gurung berapi. Maka topeng-topeng yang melekat pada muka orang asli pun musnah. Ijat berjaya menyelamatkan Dzul daripada terjatuh ke dalam lava gunung berapi.

Dalam saat genting dalam gunung berapi, Mail muncul bersama Garuda untuk menyelamatkan mereka semua dan keluar dari gunung berapi.

Anugerah[]

Sebagai sebuah filem cetera, Upin & Ipin: Kembara ke Pulau Harta Karun dicalonkan untuk Anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22.

Trivia[]

  • Asalnya, episod ini dicadangkan sebagai sebuah filem selepas projek Angkasa dibatalkan. Projek bagi filem itu dinamakan sebagai Laksamana Upin & Ipin dan dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2012 di bawah arahan Usamah Zaid Yasin sebelum dibatalkan.
    • Sebagai ganti, Les' Copaque meneruskan projek Upin & Ipin: The Movie sebelum ditukar namanya kepada Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan di bawah arahan Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, dan Ahmad Razuri Roseli.
  • Episod ini merupakan episod sambungan daripada episod pertama musim ketiga iaitu Air Kolah, Air Laut.
  • Episod ini merupakan episod terpanjang dalam semua episod yang pernah dihasilkan Les' Copaque (satu episod tunggal).
  • Episod ini melibatkan:
    • Empat orang pengarah. Pada permulaan, Nizam Razak dan Usamah Zaid Yasin dipilih menjadi pengarah bagi episod ini apabila bahagian pertama disiarkan pada Mei 2009. Apabila Nizam mengundurkan diri dari Les' Copaque pada September tahun yang sama, Shafiq Isa dipilih untuk bergandingan dengan Usamah bagi dua lagi bahagian. Selepas itu, Adam Amiruddin pula dilantik menjadi pengarah bagi menghabiskan episod ini pada tahun 2012.
    • Dua orang pelakon suara. Bagi watak Upin, Ipin, Mei Mei, dan Ehsan, berlaku pertukaran dalam pelakon suara sewaktu episod ini sedang dilengkapkan. Pada permulaan, Nur Fathiah Diaz, Yap Ee Jean, dan Mohd Syahmi Abdul Hamid merupakan pelakon suara bagi watak Upin, Ipin (Fathiah), Mei Mei (Ee Jean), dan Ehsan (Syahmi). Walau bagaimanapun, Tang Ying Sowk mengambil alih watak Mei Mei apabila Ee Jean mengikuti langkah Nizam untuk meninggalkan Les' Copaque bermula bahagian kedua dan seterusnya. Manakala watak Upin, Ipin, dan Ehsan diambil alih masing-masing oleh Asyiela Putri (Upin dan Ipin dalam bahasa Melayu) dan Fareez Daniel (Ehsan) bermula bahagian keempat tahun 2012 selepas Fathiah dan Syahmi mengundurkan diri dari Les' Copaque pada penghujung musim ketiga (Fathiah) dan musim keempat (Syahmi).
    • Tiga tahun merentas tiga musim. Jarak masa antara tiga bahagian pertama episod ini dengan bahagian 4 ialah tiga tahun merentas tiga musim iaitu dari musim 3 sehingga musim 6.
  • Episod ini merupakan episod terakhir Fathiah bersama Les' Copaque sebelum beliau mengundurkan diri buat sementara waktu dari bidang lakonan.

Video[]

Tonton di RCTI+[]

Advertisement