Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Kenangan Manis" (tiga bahagian) ialah episod ke-31, 32, 33 dalam musim ke-4 daripada siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan.

Ringkasan[]

Bahagian 1[]

Kelas Cikgu Jasmin dipilih untuk bergambar istimewa bersama pengetua tadika sebagai tanda penghargaan sebagai kelas terbersih di Tadika Mesra. Sebaik sahaja pulang ke rumah, Upin dan Ipin disuruh oleh Kak Ros untuk mengemas bilik tidur mereka agar mereka meneruskan sikap murni yang membawa kepada kejayaan bilik darjah mereka.

Bahagian 2[]

Ketika Upin, Ipin dan kawan-kawan menyaksikan Mei Mei dan Devi bermain batu seremban, Susanti muncul untuk memperkenalkan kamera segera kepada mereka. Pada pagi keesokan, Upin dan Ipin tergesa-gesa ke tadika supaya tidak terlewat untuk sesi bergambar, sampai mereka sanggup minum susu sahaja sebagai sarapan, tetapi lupa memastikan kebersihan kasut.

Bahagian 3[]

Semua murid dalam kelas Upin dan Ipin sudah hadir, tetapi Cikgu Jasmin menggemparkan mereka dengan berita sedih bahawa sesi bergambar dibatalkan kerana pengetua tidak sihat. Mujurlah, Susanti membawa sekali kamera segeranya, supaya satu kelas masih dapat bergambar walau apa pun.

Advertisement