"Kompang Dipalu" (tiga bahagian) merupakan episod pertama, ke-2 dan ke-3 (episod pertama mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Datangnya musim perkahwinan mendorong Upin dan Ipin untuk belajar bermain kompang. Di bawah tunjuk ajar Tok Dalang, Upin dan Ipin bersama kawan-kawan
Plot[]
Bahagian 1[]
Opah sekeluarga berpakaian kemas berjalan pulang ke rumah, sambil Upin dan Ipin memalu songkok bagaikan kompang. Setiba di rumah, Upin dan Ipin meminta diajar bermain kompang pada Opah. Opah dan Ros mengingatkan mereka bahawa mereka pernah dipesan untuk belajar kompang tetapi enggan atas alasan masih kecil. Alasan Upin dan Ipin, mereka serik disuruh oleh Tok Dalang untuk memegang bunga manggar. Apapun Opah membenarkan mereka.
Keesokan hari, Upin dan Ipin melawat Tok Dalang untuk tolong membaiki kompang sempena musim perkahwinan yang menjelang. Salleh turut bersinggah untuk membaiki kompang. Upin dan Ipin meminta Tok Dalang mengajar kompang. Tok Dalang meminta mereka mohon tunjuk ajar daripada 'Ratu Kompang' Salleh, tetapi Salleh enggan lagi mentertawakan kemampuan mereka bermain. Maka hanya Tok Dalang harapan mereka. Akhirnya Tok Dalang setuju dan menyuruh Upin dan Ipin mengumpulkan kawan-kawan untuk belajar ramai-ramai.
Bahagian 2[]
Upin dan Ipin mengumpulkan secukup enam kawan-kawan - Ehsan, Fizi, Jarjit, Mei Mei, Susanti dan Mail - untuk belajar kompang bersama Tok Dalang. Setelah membariskan mereka, Tok Dalang menyuruh mereka semua memalu kompang. Semuanya memalu tidak ikut irama, begitu sumbang hingga Salleh datang mengadu.
Sekali tengok Tok Dalang baru hendak mengajar kanak-kanak itu, Salleh datang memasang CD rakaman kompang di komputer ribanya. Rupa-rupanya itu CD rakaman paluan kompang Tok Dalang selaku 'Raja Kompang'. Kanak-kanak begitu kagum mendengarnya hinggakan ada yang berkata tidak perlu belajar kompang, tetapi disanggah Tok Dalang bahawa kalau tiada orang pandai main kompang, bagaimana jadinya rakaman CD itu, malah memasang rakaman kompang tidak sebaik dendangan kompang secara langsung. Semua pun setuju, termasuk Salleh (dengan malu).
Waktu makan malam, Opah bertanya bagaimana pengalaman belajar kompang Upin dan Ipin. Belum sempat mereka menjawab, Ros mengejek mereka bermain dengan sumbang tanpa usul periksa. Opah menegur perangai Ros dan berpesan bahawa kompang adalah warisan budaya yang harus dipelihara, maka Upin dan Ipin mesti belajar hingga pandai. Upin bercerita tentang kumpulan kompang yang dibentuk bersama kawan-kawan, tetapi tidak sudah-sudah diejek oleh Ros. Satu ini Ros suruh jawab 'jangan makan ayam goreng'.
Bahagian 3[]
Keesokan hari, Upin dan Ipin datang ke rumah Salleh untuk diukur untuk baju Melayu, apabila mereka terlihat kompang Salleh yang istimewa. Itulah 'kompang X-ray' yang lutsinar kulitnya, lain pula daripada kompang lain yang dibuat dengan kulit lembu, apalagi nyaring sekali bunyinya apabila dipalu.
Kemudian, Upin dan Ipin bersama Ehsan dan Jarjit makan ais kacang di warung Muthu. Muthu bertanya mengapa sudah lama tidak berjumpa dengan mereka. Jawabnya, mereka bermain kompang. Maka Muthu khusyuk teringat akan bakat bermain tablanya dahulu. Salleh datang mengumumkan perkahwinan akan datang. Kanak-kanak meminta untuk diambil bermain kompang tetapi ditolak kerana masih baru.
Kemudian di kelas belajar kompang, Tok Dalang memuji betapa cepatnya anak-anak didiknya menguasai kompang, apabila Salleh muncul terburu-buru meminta tolong. Rupa-rupanya mereka berlapan hendak diambil untuk menjadi kumpulan kompang saat terakhir. Setibanya di balai raya tempat majlis perkahwinan, Upin dan Ipin dan kawan-kawan menyampaikan persembahan menyanyi sambil bermain kompang yang meriah. Selepas persembahan, Salleh memberi mereka upah, tetapi sebaik sahaja melihat Jarjit merosakkan kompang, Salleh terus menarik balik semua upah.
Video[]