"Mana Rembo?" (tiga bahagian) merupakan episod ke-13, ke-14 dan ke-15 (episod ke-5 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.
Sinopsis[]
Misi menjejaki Rembo yang telah hilang dua hari.
Plot[]
Bahagian 1[]
Upin & Ipin bermain dengan motosikal olok-olok, tiba-tiba roda pada motosikal olok-olok Upin longgar lalu roda itu terjatuh ke dalam sungai. Upin & Ipin pun ingin meminta tolong daripada Atok untuk membaiki motosikal itu. Tetapi Atok sibuk mencari Rembo. Rupanya-rupanya Rembo dah tak balik dua hari.
Dua hari yang lepas, Upin sedang makan ais-krim perasa durian. Manakala Ipin sedang makan ais-krim perasa jagung. Tiba-tiba, Rembo langgar mereka dari belakang. Mail sedang kejar Rembo. Ini kerana Rembo telah mencuri selipar Mail. Upin & Ipin mengusik Atok dengan berkata Mail telah menjadikan Rembo ayam goreng. Atok pun cepat-cepat ke gerai Mail untuk meminta penjelasan dari Mail. Mail pun memberitahu bahawa Rembo telah terlepas semasa perjalanan ke rumah Atok. Mail telah pergi bermain dengan Ehsan. Mail pun memberitahu bahawa Mail nampak Rembo telah lompat ke atas lori Uncle Ah Tong.
Bahagian 2[]
Uncle Ah Tong memberitahu semasa dia sedang memandu lori, dia nampak Susanti jatuh basikal melalui cermin pandang belakang. Uncle Ah Tong ada turun dari lori untuk membantu Susanti. Selepas Uncle Ah Tong membantu Susanti, Susanti ada berkata pada Mei Mei bahawa dia jatuh basikal kerana Rembo. Uncle Ah Tong hanya mendengar pasal Rembo. Uncle Ah Tong tidak nampak Rembo.
Atok pun berehat atas lantai akibat kepenantan. Upin & Ipin pun menawarkan diri untuk pergi mencari Susanti untuk mengetahui lokasi terakhir Rembo. Detektif Upin & Ipin pun beraksi.
Susanti & Mei Mei sedang bermain di pondok permainan. Susanti memberitahu bahawa Rembo telah naik ke pokok selepas melanggar Susanti. Selepas naik ke pokok, mainan Eshan telah melanggar Rembo dari pokok. Selepas itu, kepala Rembo telah masuk ke sarang lebah. Maka Rembo telah terjun ke dalam air untuk menyelamatkan diri.
Bahagian 3[]
Dalam perjalanan mencari Rembo, Upin & Ipin telah terserempak dengan Fizi. Fizi sedih kerana mainan yang Ehsan pinjamkan kepadanya telah rosak. Rupa-rupanya Rembo telah pulang ke rumah, tetapi mainan yang Fizi sedang main telah sekali lagi melanggar Rembo semasa Rembo sedang berkokok atas rebannya. Lalu Rembo telah pengsan (Agenda pertama di bahagian pertama).
Upin & Ipin telah membawa mainan yang Fizi rosakkan kepada Atok, Atok berjaya membaiki mainan itu. Upin, Ipin & Fizi pun memulangkan mainan kepada Ehsan. Ehsan memberitahu Rembo ada di gerai Uncle Muthu. Atok pun pergi bersama-sama ke gerai Uncle Muthu. Rembo sedang bermanja-manja dengan Uncle Muthu. Apabila Atok ingin menangkap Rembo, Rembo telah lari masuk ke reban yang baru.
Galeri[]
Trivia[]
- Motosikal olok-olok dapat dilihat dari episod:
Video[]