Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Masak-Masak" (tiga bahagian) merupakan episod pertama, ke-2 dan ke-3 (episod pertama mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-12 daripada siri Upin & Ipin.

Sinopsis[]

Episod ini menampilkan Chef Wan sebagai tetamu undangan dalam bentuk karikatur dan suara.

Plot[]

Bahagian 1[]

Ehsan menonton program di TV. Chef Wan sedang memasak nasi lemak. Pada keesokkan harinya, Ehsan memberitahu Upin, Ipin & Fizi bahawa dia ingin menjadi chef yang serba boleh seperti Chef Wan, tapi terlupa nama Chef Wan.

Kru produksi tiba di Kampung Durian Runtuh untuk membuat penggambaran Nasi Goreng Asli Kampung Durian Runtuh. Upin dan Ipin bermain dengan peralatan kru produksi. Ehsan kemudiannya dapat mengecam suara Chef Wan.

Bahagian 2[]

Ehsan sangat gembira kerana dapat melihat Chef Wan memasak di depan matanya secara siaran langsung. Selepas Upin, Ipin, Fizi & Ehsan memperkenalkan diri sendiri kepada Chef Wan, Chef Wan menceritakan kisah dulu-dulu kepada mereka. Uncle Muthu pun tersentuh dengan cerita Chef Wan. Ehsan kemudiannya membayangkan dirinya juga hebat seperti Chef Wan.

Bahagian 3[]

Kemudian, Opah dan Kak Ros datang bertemu Chef Wan di gerai Uncle Muthu. Selepas itu, Upin membayangkan dia berpura-pura menjadi Opah dan mengajar Ipin yang berpura-pura sebagai Kak Ros masak nasi lemak.

Semasa Chef Wan hendak pulang, Chef Wan memberitahu Ehsan bahawa Nasi Goreng USA bukan dari USA, tetapi adalah nasi goreng bersama udang, sotong dan ayam. Susanti pula memberitahu bahawa mee bandung bukanlah dari Bandung. Kemudian, Eshan berkata dia akan menghasilkan Nasi Goreng Malaysia.

Galeri[]

Video[]

Upin_&_Ipin_Musim_12_-_Episod_Baru_Masak_-_Masak

Upin & Ipin Musim 12 - Episod Baru Masak - Masak


Tonton di RCTI+[]

Advertisement