"Masih Ada Sayang" (tiga bahagian) merupakan episod ke-37, ke-38 dan ke-39 (episod ke-13 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-11 daripada siri Upin & Ipin. Episod ini ditayang pada pukul 7.30 malam.
Sinopsis[]
Cerita ini tentang masih ada sayang kepada barang dan mainan yang lama.
Plot[]
Bahagian 1[]
Mainan Upin & Ipin bertaburan seluruh rumah. Bilik Upin & Ipin pun bertaburan dengan mainan Upin & Ipin. Kak Ros pun menyuruh Upin & Ipin mengemas mainan mereka elok-elok. Kak Ros juga menyuruh Upin & Ipin membuang mainan yang dah rosak.
Di meja makan, Upin & Ipin meminta kebenaran Opah untuk ke reumah Ehsan selepas makan. Opah memberi kebenaran kepada Upin & Ipin.
Di rumah Ehsan, Ipin & Fizi bertanding "one two som" untuk menentukan siapakah yang akan memenangi mainan yang Ehsan ingin lupuskan. Pemenangnya adalah Fizi. Semasa Mei Mei dan Mail sedang memilih mainan, mereka terjumpa anak patung. Mail, Fizi dan Jarjit pun mengacau Ehsan dengan hal anak patung itu. Ehsan pun menafikan bahawa anak patung itu miliknya. Kemudian, Ehsan suruh Mei Mei mengambil anak patung itu. Kemudian, Jarjit dan Mail sedang berebut robot mainan, tetapi akhirnya Mail mengalah. Mail membiarkan Jarjit mengambil robot tersebut. Kemudian, Upin meminta kebenaran Ehsan untuk mengambil sebuah lori mainan. Ehsan membenarkan. Kemudian, Fizi merasa kurang senang, maka memberitahu kawan-kawan bahawa dia ingin pulang ke rumah.
Bahagian 2[]
Apabila Ipin bertanya kepada Ehsan adakah Ehsan tidak sayang lagi mainan-mainan ini semua, Ehsan memberitahu bahawa mainan yang dia sayang dia dah simpan, mainan yang berada di dalam kotak adalah mainan yang dia ingin beri kepada kawan-kawan. Ini kerana dia ingin membeli mainan yang baru. Tiba-tiba, Fizi rasa kurang senang, maka Fizi pun memberitahu kawan-kawan bahawa dia ingin pulang dulu.
Tiba di rumah, Upin & Ipin membahagikan mainan mereka kepada tiga kotak, kotak simpan, kotak derma dan kotak buang. Apabila Upin & Ipin bermain dengan lori yang mereka baru sahaja dapat dari Ehsan rosak, mereka pun sedih.
Semasa Upin & Ipin sedang makan ais-krim di luar rumah, Opah datang menjenguk mereka dan bercerita tentang kenangan mainan yang Upin & Ipin ingin buang. Maka Upin & Ipin pun memutuskan untuk mengemas semula mainan yang mereka ingin buang.
Bahagian 3[]
Di pondok, Fizi sedang menangis seorang diri sambil memegang lori yang berwarna biru. Rupa-rupanya lori yang berwarna oren tadi, yang Ehsan hendak buang, lalu memberi kepada Upin adalah lori yang Ehsan pernah janji akan simpan elok-elok. Tetapi tadi Ehsan telah memberi kepada Upin. Itulah sebabnya Fizi kurang senang tadi.
Rupa-rupanya, lori oren itu adalah pemberian Fizi kepada Ehsan pada suatu ketika dahulu semasa mereka sedang bermain lumba trak. Trak Upin bernama Satria Kilat, trak Ipin bernama Satria Bdai, trak Mail bernama Wira Rimba, trak Fizi bernama Deru Ribut dan trak Ehsan bernama Deru Berapi.
Semasa Upin & Ipin sedang beristirehat sambil minum air, Ehsan datang ke rumah Upin & Ipin untuk meminta balik trak oren tadi. Tetapi Upin & Ipin memberitahu truk itu telah rosak. Maka Ehsan pun kecewa dan sedih.
Di sekolah, Upin & Ipin memberi trak oren yang mereka kitar semula dan dijadikan sebagai keychain kepada Fizi dan Ehsan. Fizi pun tidak merajuk lagi.
Di rumah, Opah datang menjenguk Upin & Ipin di bilik mereka sambil melihat sudut nostalgia di bilik Upin & Ipin.
Galeri[]
Video[]