Upin & Ipin Wiki
Advertisement

"Medal Larian" (tiga bahagian) merupakan episod ke-25, ke-26 dan ke-27 (episod ke-9 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam musim ke-13 daripada siri Upin & Ipin.

Plot[]

Bahagian 1[]

Sebuah acara larian maraton akan berlangsung di Kampung Durian Runtuh tidak lama lagi. Terpengaruh oleh pingat yang dipamerkan oleh Ehsan di tadika, Upin dan Ipin menyuarakan keinginan untuk menyertai larian itu supaya dapat memenangi medal.

Bahagian 2[]

Sebagai persiapan menghadapi larian maraton, Upin dan Ipin menjalani latihan kental bersama Kak Ros. Ada di antara kawan-kawan Upin dan Ipin yang turut meluahkan hasrat untuk bertanding dalam maraton.

Bahagian 3[]

Hari Larian Maraton Suka-Suka sudah pun tiba. Upin dan Ipin dan kebanyakan rakan-rakan sekelas mereka turun beraksi, kecuali Mail yang terpaksa menjaga gerai. Bersungguh-sungguh kembar dua itu berlumba sehingga berjaya mendapat pingat - tetapi bukan sahaja orang yang menang dapat pingat kerana ini hanya larian suka-suka.

Trivia[]

  • Episod ini merupakan episod kesembilan dalam turutan MNCTV dan episod ketujuh (19, 20, 21) dalam turutan Astro Prima.
  • Beberapa babak di dalam episod ini diinspirasikan daripada filem 'Chariots of Fire'. Malah, runut bunyi tema bagi filem tersebut juga digunakan dalam episod ini.
Astro go - medal larian


Galeri[]

Video[]

Episod_Baru_Upin_&_Ipin_Musim_13_-_Medal_Larian

Episod Baru Upin & Ipin Musim 13 - Medal Larian

Promo Episod Medal Larian


Tonton di RCTI+[]

Advertisement